Search this site

 

SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1) - SIRI KE 41 - 8 KES TERBARU INFLUENZA A (H1N1)  

Bahasa Melayu

Kementerian Kesihatan mengesahkan lapan (8) lagi kes terbaru Influenza A (H1N1) hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini kepada 101 kes. Dari jumlah ini seramai 29 orang pesakit telah disahkan sembuh dan telahpun dikeluarkan daripada Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.

Kes-kes mengikut peringkat umur:-

  • 57.4% daripada kes yang dilaporkan sejauh ini terdiri daripada golongan kanak-kanak yang berumur 20 tahun ke bawah
  • 37.6% berumur 21 tahun hingga 40 tahun
  • 5% melibatkan mereka yang berumur 41 tahun ke atas
     

Memandangkan kepada peningkatan kes yang dilaporkan, Kementerian Kesihatan terus ingin menekankan kepentingan orang ramai untuk mematuhi peraturan melawat pesakit di hospital-hospital kerajaan iaitu:

  • Melawat pada masa yang ditetapkan sahaja
  • Menghadkan 2 pelawat bagi setiap pesakit
  • Tidak membawa kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah untuk melawat pesakit di hospital


Di masa yang sama bagi mereka yang baru balik dari luar negara atau mempunyai symptom dan tanda penyakit Influenza adalah dinasihatkan untuk tidak melawat pesakit ke hospital.

Kementerian Kesihatan juga menasihatkan sekali lagi bagi mereka yang baru pulang dari negara-negara yang terjejas, dalam masa 7 hari yang lepas dan mempunyai simptom penyakit, supaya terus berjumpa doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital. Selain itu disarankan agar mengurangkan aktiviti sosial dan tempat-tempat yang sesak dalam masa tujuh hari yang sama seperti:

  • Tempat-tempat keramaian
  • Pusat membeli-belah
  • Pasar-pasar
  • Gerai-gerai
  • Restoran
  • Panggung wayang
  • Kolam renang dan lainnya


Orang ramai boleh membantu mencegah jangkitan pernafasan dengan mengamalkan kebersihan diri yang baik, seperti berikut:

  • Cuci tangan kerap kali dengan menggunakan sabun dan air, dan mengeringkannya menggunakan tuala pakai buang atau alat pengering tangan.
  • Gunakan tisu tangan pakai buang yang mengandungi alkohol atau gel pembasmi kuman boleh digunakan jika tiada kemudahan mencuci tangan.
  • Tutup hidung dan mulut apabila bersin atau batuk dan buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
  • Elakkan mendampingi orang yang mempunyai simptom influenza.
  • Elakkan mengunjungi tempat-tempat yang sesak.


Untuk sebarang pertanyaan dan makluman, orang ramai bolehlah menghubungi talian 145 pada waktu bekerja dan 8220991 pada waktu luar kerja.

 

-TAMAT-

Tarikh : 10 Rejab 1430 / 3 July 2009

 


English

The Ministry of Health has confirmed 8 more new cases of Influenza A (H1N1), bringing the total in the country to 101 cases. Of these cases, a total number of 29 patients have recovered and discharged from Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Hospital, Tutong.

Cases in different age groups:-

  • 57.4% of the reported cases are made up of people of ages 20 years and below
  • 37.6% of them are in between the ages of 20 and 40 years of age
  • 5% involves those above the age of 40


In view of the increasing number of reported cases, the Ministry of Health would like to emphasize the importance of the public in adhering to the visiting regulations at all government hospitals:

  • To only visit during the stipulated visiting hours.
  • To limit 2 visitors for every patient.
  • Not to bring children aged 12 years and below to visit patients at the hospital.

For those who have just returned from overseas or showing symptoms of Influenza A (H1N1), they are advised not to visit patients in the hospital.

The Ministry of Health, continues to advise the public, who have recently returned from affected countries within the past 7 days, and having symptoms, to seek immediate medical attention. It is also advisable to reduce social activities and crowded places such as:

  • Community gatherings
  • Shopping centers
  • Markets
  • Stalls
  • Restaurants
  • Cinemas
  • Swimming pools
     

The public can help to prevent the spread of respiratory infections by maintaining good personal hygiene:

  • Wash your hands regularly with soap and water and dry them using disposable tissue or the like
  • Use alcohol-based disposable hand wipes or gel sanitizers if there are no hand washing facilities
  • Cover your nose and mouth when you sneeze or cough and discard used tissue in the dustbin
  • Avoid from people who has influenza like symptoms
  • Avoid from going to crowded places
For further enquiries and information, the public can contact the Healthline 145 during office hours and 8220991 during none working hours.

 

-END-

Dated: 10 Rejab 1430 / 3 July 2009   
 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.