Search this site

 

SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1) - SIRI KE 42 - 23 kes terbaru INFLUENZA A (H1N1) / SITUATIONAL UPDATE INFLUENZA A (H1N1) – NO. 42 - 23 NEW CASES OF INFLUENZA A (H1N1)  

Bahasa Melayu

Setakat jam 4 petang hari ini, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan dua puluh tiga (23) lagi kes terbaru Influenza A (H1N1), menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini kepada 124 kes. Dari jumlah ini, seramai 50 orang pesakit telah menamatkan rawatan sementara 186 kontak terdekat pesakit juga telah menamatkan tempoh kurantin. Penyiasatan lanjut masih dijalankan bagi kes-kes Influenza A (H1N1) terbaru.

Kementerian Kesihatan terus mengingatkan orang ramai bahawa walaupun jangkitan Influenza A (H1N1) adalah pada kebiasaannya tidak begitu teruk, ia boleh menjadi membahayakan bagi pesakit-pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti:

  • penyakit paru-paru kronik;
  • penyakit jantung kronik;
  • penyakit buah pinggang kronik;
  • penyakit hati kronik;
  • penyakit neurologikal kronik;
  • kurang daya imuniti; dan
  • penyakit kencing manis
     

Dari itu, orang ramai adalah juga diingatkan untuk meningkatkan kewaspadaan kerana:

  • Penyakit Influenza A (H1N1) mudah berjangkit dan akan menyebabkan ramai orang akan jatuh sakit dan akan menjejaskan kehidupan seharian orang ramai;
  • Kemungkinan terjadinya perubahan genetik kepada virus Influenza A (H1N1) kepada virus yang lebih merbahaya;
  • Masih belum ada vaksin bagi mencegah jangkitan Influenza A (H1N1).
     

Memandangkan peningkatan kepada jumlah kes yang dilaporkan, Kementerian Kesihatan ingin terus menekankan pentingnya orang ramai untuk mematuhi peraturan melawat pesakit di hospital-hospital kerajaan iaitu:

  • Melawat pada masa yang ditetapkan sahaja.
  • Menghadkan 2 pelawat bagi setiap pesakit.
  • Tidak membawa kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah untuk melawat pesakit di hospital.
  • Memakai penutup muka (“mask”) jika melawat ke hospital.
     

Mereka yang baru balik dari luar negara adalah dinasihatkan untuk tidak melawat pesakit di hospital dalam masa tujuh hari pertama selepas ketibaan mereka. Nasihat yang sama adalah juga diberikan kepada mereka yang mempunyai tanda-tanda penyakit influenza.

Untuk sebarang pertanyaan dan makluman, orang ramai bolehlah menghubungi talian 145 pada waktu bekerja dan 8220991 di luar waktu berkerja.
 

-TAMAT-

Tarikh : 11 Rejab 1430 / 4 July 2009 

 


English

As of 4.00 pm today, the Ministry of Health has confirmed 23 more new cases of Influenza A (H1N1), bringing the total in the country to 124 cases. Of the total cases, 50 patients have completed their treatment whilst 186 close contacts have also completed their quarantine. Further investigations are on-going for the latest cases.

The Ministry of Health continues to remind the public that although Influenza A H1N1 are usually mild, it can become severe for patients with chronic diseases such as:

  • Chronic lung diseases;
  • Chronic heart diseases;
  • Chronic kidney diseases;
  • Chronic liver diseases;
  • Chronic neurological diseases;
  • Immunosuppression; and
  • Diabetes Mellitus.


Thus, the public are also reminded to increase vigilance as:

  • Influenza A (H1N1) is highly infectious and will cause illness among a large number of people and disrupt daily activities;
  • There is a possibility of genetic mutation of the Influenza A (H1N1) to a more serious virus;
  • There is still no available vaccine to prevent Influenza A H1N1 infection.
     

With the rapid increase in the number of cases reported, the Ministry of Health would like to emphasize the importance for the public adhering to visiting regulations at all government hospitals:

  • To only visit during the stipulated visiting times.
  • To limit 2 visitors per patient.
  • Not to bring children aged 12 years and below to visit patients at the hospital.
  • To use masks when visiting.

     

People who have just returned from affected countries are also advised not to visit patients in the hospitals in the first seven days of their return. Similar advice is also given to those showing symptoms of influenza.

For further enquiries and information, the public can contact the Healthline 145 during office hours and 8220991 during none working hours.
 

-END-

Dated: 11 Rejab 1430 / 4 July 2009    
 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.