Search this site

 

SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1) - SIRI KE 43 - 249 kontak Influenza A H1N1 tamatkan tempoh kurantin / SITUATIONAL UPDATE INFLUENZA A (H1N1) – NO. 43 - 249 CLOSE CONTACTS OF INFLUENZA A H1N1 COMPLETED QUARANTINE  

Bahasa Melayu

Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan bahawa 249 kontak terdekat pesakit Influenza A H1N1 telah menamatkan tempoh kurantin sementara seramai 56 orang pesakit telah menamatkan rawatan bagi jangkitan berkenaan.

Dalam pada itu, setakat jam 4 petang hari ini, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan lapan belas (18) lagi kes terbaru Influenza A (H1N1), menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini kepada 142 kes. Daripada 23 kes yang dilaporkan semalam, 10 kes mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara, 9 kes jangkitan di dalam negara manakala penyiasatan masih dijalankan bagi 4 kes yang lain.

Kementerian Kesihatan terus menasihatkan orang ramai yang mempunyai tanda-tanda Influenza A H1N1 seperti demam panas, selsema, batuk, sakit kerongkong, susah bernafas, sakit sendi, sakit kepala, pening, cirit-birit atau muntah untuk:

  • Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan perubatan.
  • Memakai penutup mulut dan hidung (“mask”) yang sesuai bagi mencegah jangkitan kepada orang lain.
  • Mengasingkan diri dari ahli keluarga dan rakan-rakan sehingga sembuh.
  • Tidak pergi ke tempat-tempat awam termasuk gedung membeli-belah, taman rekreasi dan sekolah.
  • Tidak menghadiri perkumpulan keluarga dan majlis-majlis kenduri.
  • Tidak melawat pesakit di hospital.
     

Oleh kerana penyakit Influenza A (H1N1) sangat mudah berjangkit dan mampu menjejaskan aktiviti harian bagi ramai pesakit, Kementerian Kesihatan juga mengingatkan orang ramai untuk mengamalkan kebersihan diri yang baik bagi mencegah jangkitan dengan:

  • Kerap mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air, dan mengeringkan tangan menggunakan tuala pakai buang atau alat pengering tangan.
  • Menggunakan tisu tangan pakai buang yang mengandungi alkohol atau gel pembasmi kuman jika tiada kemudahan mencuci tangan.
  • Menutup hidung dan mulut dengan kertas tisu apabila bersin atau batuk dan segera membuang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
  • Mengelakkan dari mendampingi orang yang mempunyai tanda-tanda influenza.
  • Mengelakkan dari mengunjungi tempat-tempat yang sesak.
     
Untuk sebarang pertanyaan dan makluman lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi talian 145 pada waktu bekerja dan 8220991 di luar waktu berkerja.
 

-TAMAT-

Tarikh : 12 Rejab 1430 / 5 July 2009 

 


English

The Ministry of Health today has informed that 249 close contacts of Influenza A H1N1 have completed their quarantine period whilst 56 confirmed cases have completed treatment for the infection.  

Meanwhile, as of 4pm today, the Ministry of Health has confirmed 18 new cases of Influenza A (H1N1), bringing the total in the country to 142 cases. Of the 23 cases reported yesterday, 10 cases have travel history to neighbouring countries, 9 are local cases whilst investigations are still on-going for the remaining 4 cases.

The Ministry of Health continues to remind members of the public who are showing symptoms of Influenza A H1N1 such fever, runny nose, cough, sore throat, difficulty in breathing, joint pains, headache, dizziness, diarrhea or vomiting to:

  • Immediately seek medical attention.
  • Wear an appropriate mask to prevent the spread of the infection to other people.
  • Keep themselves isolated from other family members and friends until they have recovered.
  • Refrain from going to public places including shopping malls, recreational parks, schools.
  • Refrain from attending family gatherings and functions.
  • Refrain from visiting patients in the hospital.
     

As Influenza A (H1N1) is highly infectious and can affect daily activities for those who are infected, the Ministry of Health also reminds the public to maintain good personal hygiene with:

  • Frequent hand washing using soap and water and drying hands using disposable napkins or electrical hand dryer.
  • Use of disposable tissue paper containing alcohol or antimicrobial gel in the absence of a hand washing facility.
  • Covering nose and mouth with tissue paper when coughing or sneezing and immediately throw the tissue paper away in the rubbish bin.
  • Avoiding being with people who have symptoms of influenza.
  • Avoiding going to crowded places.
     
For further enquiries and information, the public can contact Healthline 145 during office hours and 8220991 outside of working hours.

-END-

Dated: 12 Rejab 1430 / 5 July 2009    
 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.