Bahasa Melayu
Kementerian
Kesihatan hari ini memaklumkan setakat ini,
seramai 313 kontak terdekat pesakit Influenza A
H1N1 telah menamatkan tempoh kurantin sementara
seramai 67 orang pesakit telah menamatkan
rawatan bagi jangkitan berkenaan.
Dalam pada itu, setakat jam 4 petang tadi,
Kementerian Kesihatan telah mengesahkan dua
puluh dua (22) lagi kes terbaru Influenza A
(H1N1), menjadikan jumlah keseluruhan di negara
ini kepada 164 kes. Daripada 18 kes yang
dilaporkan semalam, 4 kes mempunyai sejarah
perjalanan ke luar negara, 3 kes jangkitan di
dalam negara manakala penyiasatan masih
dijalankan bagi 11 kes yang lain.
Dengan bermulanya penggal persekolahan yang baru
pada hari ini, Kementerian Kesihatan
mengingatkan orang ramai terutamanya ibubapa
atau penjaga kanak-kanak untuk sentiasa memantau
kesihatan anak-anak mereka dan seboleh-bolehnya
memeriksa suhu badan dan keadaan kesihatan
anak-anak mereka sebelum dihantar ke sekolah.
Bagi kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda
penyakit Influenza A H1N1, ibubapa atau penjaga
kanak-kanak adalah dinasihatkan untuk:
-
Tidak
menghantar mereka ke sekolah.
-
Segera
membawa mereka berjumpa doktor untuk
mendapatkan pemeriksaan dan rawatan
perubatan.
-
Tidak
menghantar mereka mengikuti aktiviti luar
kelas, kelas tambahan atau kelas tusyen.
-
Mengasingkan
mereka dari ahli keluarga dan rakan-rakan.
-
Tidak
membawa mereka pergi ke tempat-tempat awam
termasuk gedung membeli-belah dan taman
rekreasi.
-
Tidak
membawa mereka menghadiri perkumpulan
keluarga dan majlis-majlis kenduri.
Oleh kerana
penyakit Influenza A (H1N1) sangat mudah
berjangkit dan mampu menjejaskan aktiviti harian
bagi ramai pesakit, Kementerian Kesihatan juga
mengingatkan orang ramai untuk mengamalkan
kebersihan diri yang baik bagi mencegah
jangkitan dengan:
-
Kerap
mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan
air, dan mengeringkan tangan menggunakan
tuala pakai buang atau alat pengering tangan.
-
Menggunakan
tisu tangan pakai buang yang mengandungi
alkohol atau gel pembasmi kuman jika tiada
kemudahan mencuci tangan.
-
Menutup
hidung dan mulut dengan kertas tisu apabila
bersin atau batuk dan segera membuang tisu
yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
-
Mengelakkan
dari mendampingi orang yang mempunyai
tanda-tanda influenza.
-
Mengelakkan
dari mengunjungi tempat-tempat yang sesak.
Untuk sebarang
pertanyaan dan makluman lanjut, orang ramai
bolehlah menghubungi talian 145 pada waktu
bekerja dan 8220991 di luar waktu berkerja.
-TAMAT-
Tarikh : 13 Rejab
1430 / 6 Julai 2009
English
As of today, a
total of 313 close contacts of Influenza A H1N1
have completed their quarantine period whilst 67
confirmed cases have completed treatment for the
infection.
Meanwhile, as of 4pm today, the Ministry of
Health has confirmed 22 new cases of Influenza A
(H1N1), bringing the total in the country to 164
cases. Of the 18 cases reported yesterday, 4
cases have travel history to neighbouring
countries, 3 are local cases whilst
investigations are still on-going for the
remaining 11 cases.
With the start of the new school term today, the
Ministry of Health reminds the public,
especially parents and guardians to continuously
monitor the health of their children and if
possible, to check their body temperatures and
health condition before sending them to school.
For children with symptoms of Influenza A H1N1,
parents and guardians are advised:
-
Not to send
the child to school.
-
To
immediately bring them to seek medical
attention.
-
Not to send
them to extracurricular activities, extra
classes or tuition classes.
-
To keep them
isolated from other family members and
friends.
-
Not to bring
them to public places including shopping
malls and recreational parks.
-
Not to bring
them to family gatherings and functions.
As Influenza A
(H1N1) is highly infectious and can affect daily
activities for those who are infected, the
Ministry of Health also reminds the public to
maintain good personal hygiene with:
-
Frequent
hand washing using soap and water and drying
hands using disposable napkins or electrical
hand dryer.
-
Use of
disposable tissue paper containing alcohol
or antimicrobial gel in the absence of a
hand washing facility.
-
Covering
nose and mouth with tissue paper when
coughing or sneezing and immediately throw
the tissue paper away in the rubbish bin.
-
Avoiding
being with people who have symptoms of
influenza.
-
Avoiding
going to crowded places.
For further
enquiries and information, the public can
contact Healthline 145 during office hours and
8220991 outside of working hours.
-END-
Dated: 13 Rejab 1430 / 6
July 2009
|