Bahasa Melayu
Kementerian
Kesihatan hari ini memaklumkan setakat ini,
seramai 76 orang pesakit telah dikeluarkan
daripada hospital atau menamatkan rawatan bagi
jangkitan Influenza A H1N1 manakala seramai 387
kontak terdekat telah menamatkan tempoh kurantin.
Sementara itu, seramai 88 orang pesakit masih
lagi menjalani rawatan bagi jangkitan berkenaan,
samada di hospital atau di rumah masing-masing.
Daripada sejumlah 164 orang yang telah disahkan
sehingga kelmarin, 66 orang atau 40 peratus
daripadanya adalah kanak-kanak berumur 5 hingga
18 tahun. Sehubungan dengan itu, Kementerian
Kesihatan berserta dengan Kementerian Pendidikan
akan terus berkerjasama memantau tahap kesihatan
kanak-kanak di sekolah, khususnya dalam mengawal
penularan jangkitan Influenza A H1N1. Di antara
langkah-langkah bersama yang diambil termasuklah:
-
Pemeriksaan
suhu badan kanak-kanak sekolah dan
kakitangan sekolah sebelum memasuki kelas.
-
Menyediakan
garispandu pengasingan dan penghantaran
kanak-kanak yang didapati mempunyai
tanda-tanda influenza ke pusat-pusat
kesihatan yang berdekatan.
-
Menyediakan
garispandu pencarian kontak (“contact
tracing”) dan penutupan kelas jika terdapat
kes Infleunza A H1N1 di sekolah.
Kementerian
Kesihatan juga terus mengingatkan orang ramai
terutamanya ibubapa atau penjaga kanak-kanak
untuk sentiasa memantau kesihatan anak-anak
mereka dan seboleh-bolehnya memeriksa suhu badan
dan keadaan kesihatan anak-anak mereka sebelum
dihantar ke sekolah. Bagi kanak-kanak yang
mempunyai tanda-tanda penyakit Influenza A H1N1,
ibubapa atau penjaga kanak-kanak adalah
dinasihatkan untuk:
-
Tidak
menghantar mereka ke sekolah.
-
Segera
membawa mereka berjumpa doktor untuk
mendapatkan pemeriksaan dan rawatan
perubatan.
-
Tidak
menghantar mereka mengikuti aktiviti luar
kelas, kelas tambahan atau kelas tusyen.
-
Mengasingkan
mereka dari ahli keluarga dan rakan-rakan.
-
Tidak
membawa mereka pergi ke tempat-tempat awam
termasuk gedung membeli-belah dan taman
rekreasi.
-
Tidak
membawa mereka menghadiri perkumpulan
keluarga dan majlis-majlis kenduri.
Dalam pada itu,
setakat jam 4 petang tadi, Kementerian Kesihatan
telah mengesahkan sepuluh (10) kes terbaru
Influenza A (H1N1), menjadikan jumlah
keseluruhan di negara ini kepada 174 kes.
Penyiasatan masih dijalankan bagi ke semua kes
terbaru ini.
Untuk sebarang pertanyaan umum mengenai
Influenza A H1N1, orang ramai bolehlah
menghubungi talian 145 pada waktu bekerja atau
8220991 di luar waktu berkerja.
-TAMAT-
Tarikh : 14 Rejab
1430 / 7 Julai 2009
English
Today, the
Ministry of Health has announced that 76
Influenza A H1N1 cases have been discharged from
hospital or completed their treatment whilst 387
close contacts have completed their quarantine
period. Meanwhile 88 more cases are still
undergoing treatment at the hospital or at home.
From the total of 164 cases confirmed until
yesterday, 66 cases or 40 percent are children
aged from 5 to 18 years. The Ministry of Health
together with the Ministry of Education will
continue to cooperate in monitoring the health
of schoolchildren, particularly in preventing
the spread of Influenza A H1N1 infection.
Measures currently in place include:
-
Temperature
screening for schoolchildren and staff prior
to entering class.
-
The
formulation of guidelines for isolation and
transporting of children with influenza
symptoms to the nearest health centres.
-
The
formulation of guidelines for contact
tracing and class closure in the event a
case of Influenza A H1N1 is confirmed in the
school.
The Ministry of
Health continues to remind the public,
especially parents and guardians to continuously
monitor the health of their children and if
possible, to check their body temperatures and
health condition before sending them to school.
For children with symptoms of Influenza A H1N1,
parents and guardians are advised:
-
Not to send
the child to school.
-
To
immediately bring them to seek medical
attention.
-
Not to send
them to extracurricular activities, extra
classes or tuition classes.
-
To keep them
isolated from other family members and
friends.
-
Not to bring
them to public places including shopping
malls and recreational parks.
-
Not to bring
them to family gatherings and functions.
Meanwhile, as of
4pm today, the Ministry of Health has confirmed
10 new cases of Influenza A (H1N1), bringing the
total in the country to 174 cases.
Investigations are still on-going for all the
new cases.
For general enquiries on Influenza A H1N1, the
public can contact Healthline 145 during office
hours or 8220991 outside working hours.
-END-
Dated: 14 Rejab 1430 / 7
July 2009