Bahasa Melayu
Penelitian awal
yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan
terhadap kes-kes Influenza A H1N1 yang disahkan
setakat ini mendapati kira-kira 40 peratus
daripada pesakit mula menunjukkan tanda-tanda
penyakit dalam masa tiga hari selepas dijangkiti
kuman berkenaan dengan lebih 80 peratus
daripadanya mempunyai dua atau lebih tanda-tanda
penyakit. Memandangkan situasi yang ada di
negara ini pada masa sekarang dan keadaan
penyakit Influenza A (H1N1) sangat mudah
berjangkit, adalah dijangkakan jangkitan
berkenaan akan terus dikesan di negara ini untuk
beberapa waktu lagi.
Orang ramai yang mempunyai tanda-tanda Influenza
A H1N1 yang telah mendapatkan rawatan dari
doktor serta telah menjalani ujian virologi bagi
Influenza A H1N1 adalah dinasihatkan untuk:
-
Tidak keluar
rumah dan hendaklah mengasingkan diri dari
ahli keluarga dan rakan-rakan sehingga
keputusan ujian virologi mereka diketahui
dan mereka telah sembuh.
-
Memakai penutup mulut
dan hidung (“mask”) yang sesuai bagi
mencegah jangkitan tersebut kepada orang
lain.
Mereka yang
disahkan menghidap Influenza A H1N1 akan
diberikan rawatan seberapa segera dan kontak
terdekat mereka juga akan diberikan rawatan
untuk mencegah jangkitan berkenaan. Walaupun
vaksin bagi mencegah jangkitan Influenza A H1N1
belum boleh didapati di pasaran, ubat anti-viral
yang ada sekarang adalah didapati berkesan untuk
merawat dan mencegah jangkitan tersebut,
terutamanya jika rawatan awal diberikan.
Kementerian Kesihatan akan sentiasa berusaha
memastikan bekalan ubat-ubatan bagi jangkitan
tersebut mencukupi.
Dalam pada itu, setakat jam 4 petang tadi,
Kementerian Kesihatan telah mengesahkan tiga
puluh tiga (33) kes terbaru Influenza A (H1N1),
menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini
kepada 207 kes. Penyiasatan bagi 10 kes yang
dilaporkan pada 7 Julai 2009 mendapati 5 kes
mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara
manakala 5 lagi adalah kes tempatan iaitu
jangkitan yang berlaku di dalam negara.
Untuk sebarang pertanyaan umum mengenai
Influenza A H1N1, orang ramai bolehlah
menghubungi talian 145 pada waktu bekerja atau
8220991 di luar waktu berkerja.
-TAMAT-
Tarikh : 15 Rejab
1430 / 8 Julai 2009
English
Preliminary
analysis on cases of Influenza A H1N1 by the
Ministry of Health have found that approximately
40 percent of cases started to show symptoms of
the disease within 3 days of infection and more
than 80 percent having 2 or more symptoms. In
view of the current situation in the country and
the high infectivity of Influenza A (H1N1), it
is expected that the infection will continue to
be detected in the country for some time.
Members of the public with symptoms of Influenza
A H1N1 who have sought medical attention and
undergone virological testing for Influenza A
H1N1 are advised:
-
Not to leave
their homes and must isolate themselves from
other family members and friends until the
results of the virological testing have been
obtained and they have recovered.
-
To wear suitable mask
to prevent the spread of the infection to
other people.
Those who have
been confirmed with Influenza A H1N1 will be
given treatment as soon as possible and their
close contacts will also be given treatment to
prevent the infection. Although the vaccine to
prevent Influenza A H1N1 infection is still not
available, the current anti-virals have been
proven effective to treat and prevent the
infection, especially if early treatment is
given. The Ministry of Health will continue to
ensure sufficient supply of medications for the
infection is available.
Meanwhile, at 4pm today, the Ministry of Health
has confirmed 33 new cases of Influenza A
(H1N1), bringing the total in the country to 207
cases. Investigations of the 10 cases reported
on 7 July 2009 have found that 5 cases have
history of travel whilst 5 other cases are local
cases or cases where the infection occurred in
the country.
For general enquiries on Influenza A H1N1, the
public can contact Healthline 145 during office
hours or 8220991 outside working hours.
-END-
Dated: 15 Rejab 1430 / 8
July 2009
|