Search this site

 

SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1) - SIRI KE 47 - 650 kontak terdekat Influenza A H1N1 tamatkan kurantin / SITUATIONAL UPDATE INFLUENZA A (H1N1) – NO. 47 - 650 CLOSE CONTACTS OF INFLUENZA A H1N1 COMPLETED QUARANTINE  

Bahasa Melayu

Kementerian Kesihatan melaporkan seramai 650 kontak terdekat pesakit-pesakit Influenza A H1N1 telah menamatkan tempoh kurantin sejak jangkitan itu dikesan di negara ini. Manakala seramai 123 kes Influenza A H1N1 pula telah menamatkan rawatan perubatan mereka atau dibenarkan pulang daripada hospital. Bagi 100 kes yang masih menjalani rawatan, 86 orang daripadanya sedang menjalani rawatan di rumah masing-masing manakala selebihnya dirawat di wad pengasingan biasa di hospital-hospital kerajaan.

Dalam pada itu, sehingga jam 4 petang tadi, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan 32 lagi kes baru Influenza A H1N1, membawa jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 239 kes.

Kementerian Kesihatan juga terus mengingatkan orang ramai terutamanya ibubapa atau penjaga kanak-kanak untuk sentiasa memantau kesihatan anak-anak mereka dan seboleh-bolehnya memeriksa suhu badan dan keadaan kesihatan anak-anak mereka sebelum dihantar ke sekolah. Bagi kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda penyakit Influenza A H1N1, ibubapa atau penjaga kanak-kanak adalah dinasihatkan untuk:

  • Tidak menghantar mereka ke sekolah.
  • Segera membawa mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan perubatan.
  • Tidak menghantar mereka mengikuti aktiviti luar kelas, kelas tambahan atau kelas tusyen.
  • Mengasingkan mereka dari ahli keluarga dan rakan-rakan.
  • Tidak membawa mereka pergi ke tempat-tempat awam termasuk gedung membeli-belah dan taman rekreasi.
  • Tidak membawa mereka menghadiri perkumpulan keluarga dan majlis-majlis kenduri.
     
Untuk sebarang pertanyaan umum mengenai Influenza A H1N1, orang ramai bolehlah menghubungi talian 145 pada waktu bekerja atau 8220991 di luar waktu berkerja.
 

-TAMAT-

Tarikh : 16 Rejab 1430 / 9 Julai 2009 

 


English

The Ministry of Health has reported that 650 close contacts of Influenza A H1N1 have completed their quarantine since the infection was first detected in the country. Meanwhile a total of 123 confirmed cases of Influenza A H1N1 have completed their treatment or have been discharged from hospital. For the remaining 100 cases who are still undergoing treatment, 86 cases are being treated in their own homes whilst the remainder are treated  in the normal isolation wards in the hospitals.

In the meantime, at 4 pm today, the Ministry of Health has confirmed 32 new cases of Influenza A H1N1, bringing the total number of cases in the country to 239.

The Ministry of Health continues to remind the public, especially parents and guardians to continuously monitor the health of their children and if possible, to check their body temperatures and health condition before sending them to school. For children with symptoms of Influenza A H1N1, parents and guardians are advised:

  • Not to send the child to school.
  • To immediately bring them to seek medical attention.
  • Not to send them to extracurricular activities, extra classes or tuition classes.
  • To keep them isolated from other family members and friends.
  • Not to bring them to public places including shopping malls and recreational parks.
  • Not to bring them to family gatherings and functions.
     

For general enquiries on Influenza A H1N1, the public can contact Healthline 145 during office hours or 8220991 outside working hours.

-END-

Dated: 16 Rejab 1430 / 9 July 2009    
 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.