Bahasa Melayu
Kementerian
Kesihatan hari ini melaporkan:
-
99 orang
kontak terdekat pesakit Influenza A H1N1
telah menamatkan tempoh kurantin.
-
9 orang
pesakit Influenza A H1N1 telah menamatkan
rawatan atau dibenarkan pulang daripada
hospital.
-
Bagi 120
pesakit lain yang masih menjalani rawatan,
85 peratus daripadanya sedang menjalani
rawatan di rumah masing-masing atau di
pusat-pusat kurantin.
-
16 kes
terbaru Influenza A H1N1 telah disahkan dan
punca jangkitan masih dalam siasatan.
Kementerian Kesihatan terus mengingatkan orang
ramai untuk mengamalkan kebersihan diri yang
baik bagi mengawal jangkitan ini dari terus
merebak dengan:
-
Kerap
mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan
air, dan mengeringkan tangan menggunakan
tuala pakai buang atau alat pengering tangan.
-
Menggunakan
tisu tangan pakai buang yang mengandungi
alkohol atau gel pembasmi kuman jika tiada
kemudahan mencuci tangan.
-
Menutup
hidung dan mulut dengan kertas tisu apabila
bersin atau batuk dan segera membuang tisu
yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
-
Mengelakkan
dari mendampingi orang yang mempunyai
tanda-tanda influenza.
-
Mengelakkan
dari mengunjungi tempat-tempat yang sesak.
Kementerian Kesihatan juga terus
mengingatkan orang ramai bahawa walaupun
jangkitan Influenza A (H1N1) sejauh ini didapati
tidak begitu membahayakan, ia boleh menyebabkan
keadaan yang lebih serius kepada ibu-ibu
mengandung dan pesakit-pesakit yang menghidap
penyakit kronik. Oleh yang demikian, kerjasama
orang ramai khususnya mereka yang melawat
pesakit di hospital adalah sangat-sangat
diharapkan untuk sama-sama mencegah jangkitan
itu dari merebak kepada pesakit yang mereka
lawat. Orang ramai adalah diingatkan untuk
mematuhi peraturan melawat pesakit di
hospital-hospital kerajaan sebagaimana yang
telah digariskan sebelum ini.
Untuk sebarang pertanyaan umum mengenai
Influenza A H1N1, orang ramai bolehlah
menghubungi talian 145 pada waktu bekerja atau
8220991 di luar waktu berkerja.
-TAMAT-
Tarikh : 18 Rejab
1430 / 11 Julai 2009
English
The Ministry of
Health today reported that:
-
99 close
contact of Influenza A H1N1 cases have
completed their quarantine.
-
9 confirmed
cases of Influenza A H1N1 have completed
treatment or discharged from hospital.
-
For the 120
cases that are still undergoing treatment,
85 percent are continuing treatment at their
homes.
-
16 new cases
of Influenza A H1N1 have been confirmed and
source of infection is still being
investigated.
The Ministry of Health continues to remind the
public to practice good personal hygiene in
order to control the spread of the disease
through:
-
Frequent
hand washing using soap and water and drying
hands using disposable napkins or electrical
hand dryer.
-
Use of
disposable tissue paper containing alcohol
or antimicrobial gel in the absence of a
hand washing facility.
-
Covering
nose and mouth with tissue paper when
coughing or sneezing and immediately throw
the tissue paper away in the rubbish bin.
-
Avoiding
being with people who have symptoms of
influenza.
-
Avoiding
going to crowded places.
The Ministry of
Health also continues to remind the public that
although Influenza A H1N1 infection has
generally been reported as mild, it cause
serious complications to pregnant mothers and
patients with chronic diseases. Cooperation from
the public, especially those visiting patients
in the hospitals, is therefore sought to prevent
the spread of the infection to the patients that
they are visiting. The public are reminded to
adhere to visiting regulations at all hospitals.
For general enquiries on Influenza A H1N1, the
public can contact Healthline 145 during office
hours or 8220991 outside working hours.
-END-
Dated: 18 Rejab 1430 /
11 July 2009
|