Search this site

 

SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1) - SIRI KE 50 - 22 orang pesakit lagi telah menamatkan rawatan / SITUATIONAL UPDATE INFLUENZA A (H1N1) – NO. 50 - 22 MORE PATIENTS HAVE COMPLETED THEIR TREATMENT  

Bahasa Melayu

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan:

  • 56 orang kontak terdekat pesakit Influenza A H1N1 telah menamatkan tempoh kurantin.
  • 22 orang pesakit Influenza A H1N1 telah menamatkan rawatan atau dibenarkan pulang daripada hospital.
  • Sehingga jam 4 petang tadi, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan 9 lagi kes baru Influenza A H1N1.
     

Kementerian Kesihatan terus mengingatkan orang ramai untuk mengamalkan kebersihan diri yang baik bagi mengawal jangkitan ini dari terus merebak dengan:

  • Kerap mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air, dan mengeringkan tangan menggunakan tuala pakai buang atau alat pengering tangan.
  • Menggunakan tisu tangan pakai buang yang mengandungi alkohol atau gel pembasmi kuman jika tiada kemudahan mencuci tangan.
  • Menutup hidung dan mulut dengan kertas tisu apabila bersin atau batuk dan segera membuang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
  • Mengelakkan dari mendampingi orang yang mempunyai tanda-tanda influenza.
  • Mengelakkan dari mengunjungi tempat-tempat yang sesak.
     

Kementerian Kesihatan juga terus mengingatkan orang ramai bahawa walaupun jangkitan Influenza A (H1N1) sejauh ini didapati tidak begitu membahayakan, ia boleh menyebabkan keadaan yang lebih serius kepada ibu-ibu mengandung dan pesakit-pesakit yang menghidap penyakit kronik. Oleh yang demikian, kerjasama orang ramai khususnya mereka yang melawat pesakit di hospital adalah sangat-sangat diharapkan untuk sama-sama mencegah jangkitan itu dari merebak kepada pesakit yang mereka lawat. Orang ramai adalah diingatkan untuk mematuhi peraturan melawat pesakit di hospital-hospital kerajaan sebagaimana yang telah digariskan sebelum ini.

Untuk sebarang pertanyaan umum mengenai Influenza A H1N1, orang ramai bolehlah menghubungi talian 145 pada waktu bekerja atau 8220991 di luar waktu berkerja.

-TAMAT-

Tarikh : 19 Rejab 1430 / 12 Julai 2009 

 


English

The Ministry of Health today reported that:

  • 56 close contact of Influenza A H1N1 cases have completed their quarantine.
  • 22 confirmed cases of Influenza A H1N1 have completed treatment or discharged from hospital.
  • Until 4 pm today, the Ministry of Health has confirmed 9 new cases of Influenza A H1N1.
     

The Ministry of Health continues to remind the public to practice good personal hygiene in order to control the spread of the disease through:

  • Frequent hand washing using soap and water and drying hands using disposable napkins or electrical hand dryer.
  • Use of disposable tissue paper containing alcohol or antimicrobial gel in the absence of a hand washing facility.
  • Covering nose and mouth with tissue paper when coughing or sneezing and immediately throw the tissue paper away in the rubbish bin.
  • Avoiding being with people who have symptoms of influenza.
  • Avoiding going to crowded places.
     

The Ministry of Health also continues to remind the public that although Influenza A H1N1 infection has generally been reported as mild, it cause serious complications to pregnant mothers and patients with chronic diseases. Cooperation from the public, especially those visiting patients in the hospitals, is therefore sought to prevent the spread of the infection to the patients that they are visiting. The public are reminded to adhere to visiting regulations at all hospitals.

For general enquiries on Influenza A H1N1, the public can contact Healthline 145 during office hours or 8220991 outside working hours.

-END-

Dated: 19 Rejab 1430 / 12 July 2009    
 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.