Search this site

 

SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1) - SIRI KE 51 / SITUATIONAL UPDATE INFLUENZA A (H1N1) – NO. 51

Bahasa Melayu

Kementerian Kesihatan terus melaksanakan langkah-langkah pengawalan bagi wabak Influenza A H1N1 yang sedang melanda Negara  Brunei Darussalam pada ketika ini.

Mengikut Pelan Persediaan Pandemik Influenza yang sedia ada, Negara Brunei Darussalam sekarang sedang berada di tahap 6b yang bermakna pandemik influenza sedang berlaku di seluruh dunia dan Negara Brunei Darussalam juga turut terlibat dengan terdapatnya kes-kes jangkitan yang disahkan di dalam negara. Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan akan terus memantau dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah digariskan bagi tahap berkenaan di dalam pelan tersebut termasuk:

  • Meneruskan pemantauan penyakit influenza di pusat-pusat kesihatan.
  • Merawat pesakit-pesakit yang disahkan dijangkiti virus influenza dan merawat kontak-kontak terdekat mereka.
  • Menjejaki kontak-kontak terdekat bagi kes-kes yang disahkan (“contact tracing”) dan dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan, meletakkan mereka di dalam kurantin.
  • Menghadkan pelawat-pelawat yang melawat pesakit di hospital-hospital.
  • Menggalakkan “social distancing” iaitu menasihatkan  orang ramai untuk mengasingkan diri mereka dari orang lain dan mengurangkan interaksi sosial jika mempunyai tanda-tanda penyakit influenza.
  • Mempromosikan amalan kebersihan diri dan persekitaran bagi mencegah penyakit influenza dari merebak.
     

Bagi maklumat lanjut mengenai situasi Influenza A H1N1 di Negara Brunei Darussalam, orang ramai bolehlah melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn. Orang ramai juga boleh menghubungi talian 145 pada waktu bekerja atau 8220991 di luar waktu berkerja untuk sebarang pertanyaan umum mengenai Influenza A H1N1.

-TAMAT-

Tarikh : 20 Rejab 1430 / 13 Julai 2009 

 


English

The Ministry of Health continues to carry out control measures for Influenza A H1N1 outbreak which is currently affecting the country.

According to the Influenza Pandemic Preparedness Plan, Brunei Darussalam is currently in phase 6b which means that the influenza pandemic is currently on-going worldwide and Brunei Darussalam is affected with the presence of confirmed cases in the country. As such, the Ministry of Health will continue to monitor and carry out activities for the particular phase, as outlined in the Plan, including:

  • Continue the surveillance of influenza-like illness in health centres.
  • Treat confirmed influenza cases and their close contacts.
  • Tracing close contacts of confirmed cases and with the cooperation of relevant agencies, placing them under quarantine.
  • Limit the number of visitors visiting patients in the hospitals.
  • Encourage social distancing that is advising the public to isolate themselves and to reduce social interactions if they have the symptoms of influenza.
  • Promote personal hygiene and the surroundings to prevent the spread of influenza.
     

For further information on Influenza A H1N1 situation in Brunei Darussalam, the public can go to the Ministry of Health’s website: www.moh.gov.bn. The public can also contact Healthline 145 during office hours or 8220991 outside working hours for general enquiries on Influenza A H1N1.

-END-

Dated: 20 Rejab 1430 / 13 July 2009    
 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.