Bahasa Melayu
Pertubuhan
Kesihatan Sedunia telah memaklumkan bahawa
penghantaran laporan kes Influenza A H1N1 secara
individu ke Pertubuhan berkenaan tidak lagi
dianggap sebagai alat pemantauan yang berkesan.
Oleh yang demikian, Pertubuhan Kesihatan Sedunia
tidak lagi menghendaki negara-negara yang
terlibat untuk menghantar laporan berkenaan dan
meniadakan maklumat mengenai jumlah kes yang
disahkan di setiap negara di laman web
Pertubuhan tersebut.
Berpandukan kepada langkah-langkah terbaru yang
diambil oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia itu,
Kementerian Kesihatan juga akan menyelaraskannya
dengan tidak lagi memaklumkan jumlah kes-kes
tebaru di Negara Brunei Darussalam dalam siaran
akhbar, sebagaimana yang telah dibuat sebelum
ini.
Walaubagaimanapun, Kementerian Kesihatan akan
terus melaksanakan langkah-langkah pengawalan
wabak Influenza A H1N1, sebagaimana yang
digariskan oleh Pelan Tindakan Persediaan
Pandemik Influenza yang sedia ada seperti:
-
Meneruskan
pemantauan penyakit influenza di pusat-pusat
kesihatan.
-
Menghadkan
pelawat-pelawat yang melawat pesakit di
hospital-hospital.
-
Menggalakkan
“social distancing” iaitu menasihatkan
orang ramai untuk mengasingkan diri mereka
dari orang lain dan mengurangkan interaksi
sosial jika mempunyai tanda-tanda penyakit
influenza.
-
Mempromosikan amalan kebersihan diri dan
persekitaran bagi mencegah penyakit
influenza dari merebak.
Pesakit-pesakit
yang tidak mengalami tanda-tanda penyakit yang
teruk dan tidak mempunyai risiko mendapat
masalah-masalah kesihatan yang teruk biasanya
akan dibenarkan menjalani rawatan di rumah
masing-masing. Selain daripada itu, sebahagian
besar kontak-kontak terdekat pesakit yang pada
amnya tidak mempunyai tanda-tanda penyakit, juga
biasanya akan dibenarkan menjalani kurantin di
rumah masing-masing jika keadaan rumah sesuai
dan mengizinkan bagi tujuan kurantin. Kesesuaian
bagi rawatan di rumah bagi pesakit dan kurantin
di rumah bagi kontak terdekat ditentukan oleh
pihak-pihak yang berkenaan, mengikut garispandu
yang disediakan.
Kementerian Kesihatan akan memaklumkan orang
ramai dari masa ke masa jika terdapat perubahan
kepada langkah-langkah pengawalan yang diambil.
Bagi maklumat lanjut mengenai situasi Influenza
A H1N1 di Negara Brunei Darussalam, orang ramai
bolehlah melayari laman web Kementerian
Kesihatan:
www.moh.gov.bn. Orang ramai juga boleh
menghubungi talian 145 pada waktu bekerja atau
8220991 di luar waktu berkerja untuk sebarang
pertanyaan umum mengenai Influenza A H1N1.
-TAMAT-
Tarikh : 21 Rejab
1430 / 14 Julai 2009
English
The World Health
Organization has informed countries that
reporting of individual laboratory-confirmed
cases of Influenza A H1N1 is no longer essential
as a monitoring tool. Thus the body no longer
requires countries to submit the report and will
no longer publish updates on the number of
confirmed cases for all countries in their
website.
Based on the new measures taken by the World
Health Organization, the Ministry of Health will
also standardize these measures by no longer
publishing the number of new cases in Brunei
Darussalam in its press releases, as previously
been practiced.
The Ministry of Health will however, continue to
undertake measures to control the outbreak of
Influenza A H1N1, as outlined in the Influenza
Pandemic Preparedness Plan such as:
-
Continue the
surveillance of influenza-like illness in
health centres.
-
Limit the
number of visitors visiting patients in the
hospitals.
-
Encourage
social distancing that is advising the
public to isolate themselves and to reduce
social interactions if they have the
symptoms of influenza.
-
Promote
personal hygiene and the surroundings to
prevent the spread of influenza.
Patients who
have mild form of the infection and are not at
risk of developing severe complications are
often allowed to be treated at home. A large
proportion of close contacts who in general, do
not have symptoms of the disease, will also be
allowed to undergo home quarantine, if home
circumstances are deemed suitable for quarantine
purposes. The suitability for home treatment for
patients and home quarantine for close contacts
are assessed by the relevant departments,
according to the current guidelines.
The Ministry of Health will, from time to time,
provide updates on changes in the control
measures undertaken.
For further information on Influenza A H1N1
situation in Brunei Darussalam, the public can
go to the Ministry of Health’s website:
www.moh.gov.bn. The public can also contact
Healthline 145 during office hours or 8220991
outside working hours for general enquiries on
Influenza A H1N1.
-END-
Dated: 21 Rejab 1430 /
14 July 2009
|