Dalam usaha bagi menangani Wabak Influenza A
(H1N1) yang kini sudah merebak di Negara ini,
serta berlakunya “community spread” di
kalangan masyarakat, Kementerian Kesihatan telah
mempertingkatkan strategi dan tindakan
pengawalan wabak Influenza A (H1N1) kepada Fasa
Perlindungan dan Rawatan (Protect and Treat
Phase).
Di antara langkah ini ialah dengan memberikan
rawatan anti-viral seperti Tamiflu kepada
pesakit-pesakit yang mempunyai tanda-tanda
jangkitan Influenza dan berisiko tinggi , tanpa
memerlukan pengesahan ujian makmal.
Selain dari itu, Kementerian Kesihatan juga
mengambil langkah-langkah seperti:
- Meneruskan pemantauan penyakit influenza di pusat-pusat kesihatan
- Menghadkan pelawat-pelawat yang melawat pesakit di hospital-hospital
- Menggalakkan “social distancing” iaitu menasihatkan orang ramai untuk mengasingkan diri mereka dari orang lain dan mengurangkan interaksi sosiall jika mempunyai tanda-tanda penyakit influenza
- Mempertingkatkan amalan kebersihan diri dan persekitaran bagi mencegah penyakit influenza dari merebak
Kementerian Kesihatan
terus mengingatkan orang ramai bahawa walaupun
jangkitan Influenza A (H1N1) sejauh ini didapati
tidak begitu teruk (“mild”) dan
kebanyakan pesakit akan pulih tanpa memerlukan
rawatan anti-viral seperti Tamiflu, ianya boleh
mengakibatkan kesan yang teruk termasuk kematian
bagii mereka yang juga menghidap
penyakit-penyakit kronik.
Oleh yang demikian, penghidap penyakit kronik
yang mempunyai tanda-tanda jangkitan Influenza A
(H1N1) adalah dinasihatkan untuk mendapatkan
rawatan perubatan dengan segera.
Kementerian Kesihatan akan memaklumkan secara
berkala mengenai dengan kes-kes jangkitan
Influenza A (H1N1). Dari itu, semenjak kes
pertama Influenza A (H1N1) yang dilaporkan pada
20 Jun 2009, berikut ialah maklumat mengenai
kes-kes Influenza A (H1N1):
|
JUMLAH KESELURUHAN |
786 KES |
|
JUMLAH YANG TELAH SEMBUH |
698 KES |
|
JUMLAH MENERIMA RAWATAN DI RUMAH |
46 KES |
|
JUMLAH YANG MENERIMA RAWATAN DI
HOSPITAL |
13 KES |
|
JUMLAH YANG MASIH DALAM PENYIASATAN |
28 KES |
|
Walaubagaimanapun,
jumlah sebenar jangkitan Influenza A (H1N1) di
Negara ini adalah dijangkakan lebih tinggi
memandangkan ujian makmal dalam Fasa
Perlindungan dan Rawatan ini hanya dilakukan
bagi mereka yang berisiko tinggii sahaja.
-TAMAT-
Tarikh :
Syaaban 1430 /
30 Julai 2009 |