Search this site

 

Situasi Terkini Influenza A (H1N1) Siri 54 - Minggu Pertama Fasa Perlindungan Dan Rawatan Influenza A H1N1 / Influenza A (H1N1) Update NO. 54 - first week of protect and treat phase

Bahasa Melayu

Hari ini Timbalan Menteri Kesihatan, Yang Dimuliakan Pehin  Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah berserta dengan beberapa orang pegawai kanan Kementerian Kesihatan telah mengadakan lawatan ke beberapa buah pusat kesihatan termasuk Pusat Kesihatan Gadong di Kampong Rimba, Pusat Kesihatan Berakas ‘B’ di Kampong Sungai Hanching dan Pusat Kesihatan Bandar Seri Begawan di Jalan Ong Sum Ping bagi meninjau persediaan-persediaan di pusat-pusat kesihatan dalam melaksanakan langkah-langkah yang digariskan di bawah Fasa Perlindungan dan Rawatan.

Fasa Perlindungan dan Rawatan bagi Influenza A H1N1 yang bermula pada 25 Julai 2009 bertujuan untuk melindungi mereka yang berisiko tinggi mendapat kesan yang teruk akibat jangkitan Influenza A (H1N1). Di antara langkah-langkah yang diambil dalam fasa tersebut ialah:

  • Menggalakkan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana saja, pada setiap masa termasuk kerap mencuci tangan.
  • Mengenalpasti dan memberikan rawatan awal kepada mereka yang mempunyai penyakit yang sederhana atau teruk.
  • Mengenalpasti dan memberikan rawatan awal kepada mereka yang berkemungkinan mendapat akibat yang teruk seperti mereka yang mempunyai penyakit kronik, mereka yang mempunyai kurang daya tahan, ibu-ibu mengandung atau obesiti yang berlebihan.
  • Meneruskan langkah-langkah pengawalan wabak di tempat-tempat seperti hospital-hospital, sekolah-sekolah dan penjara untuk melindungi kumpulan yang berkemungkinan mendapat akibat yang teruk.
  • Meneruskan pemantauan penyakit seakan-influenza dan radang paru-paru yang luarbiasa di pusat-pusat kesihatan dan hospital-hospital.
  • Melaksanakan peraturan-peraturan melawat pesakit di hospital.
     

Dalam minggu pertama perlaksanaan Fasa Perlindungan dan Rawatan tersebut iaitu pada 25 Julai sehingga 1 Ogos 2009, seramai 4147 orang yang mempunyai tanda-tanda jangkitan influenza telah mendapatkan rawatan di 14 buah pusat kesihatan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, seramai 498 kes (12%) dikategorikan sebagai kes kemungkinan Influenza A H1N1 dan telah diberikan rawatan anti-viral (Tamiflu).

Dalam jangkamasa yang sama, Kementerian Kesihatan juga telah menasihatkan bagi penutupan sebanyak 64 buah kelas dari 49 buah sekolah di seluruh negara berikutan dari terdapatnya kes-kes Influenza A H1N1 yang disahkan di kalangan warga sekolah.

Dalam pada itu, daripada sejumlah 850 orang yang telah disahkan dijangkiti Influenza A H1N1 sejak jangkitan tersebut dikesan di negara ini:

  • Seramai 788 orang (92.7%) telah menamatkan rawatan.
  • 5 orang masih menjalani rawatan di hospital.
  • Dan 47 orang masih menjalani rawatan di rumah masing-masing.
     

Kementerian Kesihatan terus mengingatkan orang ramai bahawa walaupun jangkitan Influenza A (H1N1) sejauh ini didapati  ringan (“mild”) dan kebanyakan pesakit akan pulih  tanpa memerlukan rawatan anti-viral seperti Tamiflu, ianya boleh mengakibatkan kesan yang teruk termasuk kematian bagi mereka yang juga menghidap penyakit-penyakit kronik. Oleh yang demikian, penghidap penyakit kronik yang mempunyai tanda-tanda jangkitan Influenza adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

-TAMAT-

Tarikh : 14 Syaaban 1430 / 5 Ogos 2009 

 


English

Today the Deputy Minister of Health, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah, accompanied by several senior officers from the Ministry of Health visited a number of health centres in the country including Gadong Health Centre in Kampong Rimba, Berakas ‘B’ Health Centre in Kampong Sungai Hanching and Bandar Seri Begawan Health Centre on Jalan Ong Sum Ping to review the implementation of measures in the Protect and Treat Phase.

The Protect and Treat Phase for Influenza A H1N1 which started on 25 July 2009 aims to protect those at risk of developing complications from Influenza A (H1N1) infection. Amongst the measures are:

  • Encourage self-hygiene and cleanliness everywhere, at all times including regular hand washing.
  • Identification and early treatment of people who have moderate or severe disease.
  • Identification and early treatment of people who may be vulnerable to severe outcomes such as people with chronic diseases, people with compromised immunity, pregnant mothers or gross obesity.
  • Continue outbreak control measures in institutional settings such as hospitals, schools and prisons to protect large groups of vulnerable people.
  • Continue the surveillance of influenza-like illness and unusual pneumonia in health centres and hospitals.
  • Strictly implement the regulations for visiting patients in hospitals
     

In the first week of the implementation of Protect and Treat Phase i.e. from 25 July to 1 August 2009, a total of 4147 patients with influenza symptoms sought treatment at 14 health centres throughout the country. From this figure, 498 cases (12%) were categorized as probable cases of Influenza A H1N1 and treated with anti-viral (Tamiflu).

In the same period, the Ministry of Health had also advised for the closure of 64 classes in 49 schools in the country following the confirmation of Influenza A H1N1 cases among school population.

Meanwhile, from a total of 850 confirmed cases of Influenza A H1N1 since the infection was detected in the country:

  • 788 cases (92.7%) have recovered and completed treatment.
  • 5 cases are still being treated in the hospital.
  • And 47 cases are undergoing home treatment.
     

The Ministry of Health continues to remind the public that although Influenza A (H1N1) infection so far has been found to be mild and the majority of cases recover without requiring anti-viral treatment such as Tamiflu, it can cause severe complications including death among those who also have chronic diseases. As such, people with chronic diseases who develop symptoms of influenza are advised to seek immediate medical attention.

 

-END-

Dated: 14 Syaaban 1430 / 5 August 2009     
 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.