Search this site

 

Situasi Terkini Influenza A (H1N1) Siri 56 / Influenza A (H1N1) Update NO. 56

Bahasa Melayu 

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, setakat awal pagi tadi, seramai 227,915 orang daripada 182 buah negara di seluruh dunia telah disahkan dijangkiti Influenza A H1N1. Jumlah ini adalah peningkatan sebanyak 18,925 kes dari minggu sebelumnya dengan 8 buah negara membuat laporan bagi kali pertama. Walaubagaimanapun jumlah sebenar jangkitan berkenaan adalah dijangkakan lebih tinggi memandangkan kebanyakan negara tidak lagi dikehendaki melakukan ujian makmal dan melaporkan setiap kes secara individu ke Pertubuhan berkenaan.

Berbanding dengan minggu sebelumnya, sebanyak 430 kematian baru yang berkaitan dengan Influenza A H1N1 telah dilaporkan di seluruh dunia termasuk 55 kematian baru dilaporkan di kalangan negara-negara ASEAN. Ini membawa jumlah kematian yang berkaitan Influenza A H1N1 di seluruh dunia kepada 2146.


Jumlah kes dan kematian yang berkaitan dengan Influenza A H1N1 di kalangan negara-negara ASEAN, sebagaimana yang dilaporkan ke Pertubuhan Kesihatan Sedunia adalah seperti berikut:

 

 Negara-negara ASEAN

11 Ogos 2009

19 Ogos 2009

Jumlah Kes

Jumlah Kematian

Jumlah Kes

Jumlah Kematian

Brunei Darussalam

850

1

971

1

Cambodia

24

24 

Indonesia 691 3 771 4
Lao PDR 156 1 226 1
Malaysia 1983 32 2253 67
Myanmar 15 0 17 0
Philippines 3207 8 3207 8
Singapore 1217 9 1217 11
Thailand 10043 81 11398 97
Vietnam 1185 1 1275 2

Dengan peningkatan jumlah kematian yang berkaitan dengan Influenza A H1N1 di seluruh dunia ini, Kementerian Kesihatan terus mengingatkan orang ramai yang mempunyai tanda-tanda jangkitan influenza khususnya mereka yang juga menghidap penyakit kronik untuk segera berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan, tanpa lengah. Ini adalah kerana penghidap penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, penyakit respiratori, penyakit kencing manis dan kanser serta ibu-ibu mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat kesan yang teruk termasuk kematian akibat jangkitan virus berkenaan.

Kementerian Kesihatan juga ingin menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan atau menangguhkan perjalanan ke luar negara terutamanya perjalanan yang kurang penting, khususnya ke negara-negara yang teruk terjejas oleh Influenza A H1N1. Mereka yang perlu melakukan perjalanan ke luar negara adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berwaspada semasa berada di luar negara seperti mengamalkan kebersihan diri yang baik, mengamalkan etika batuk atau bersin yang betul, mengelak dari mendampingi orang-orang yang mempunyai tanda-tanda penyakit dan mengelak dari mengunjungi tempat-tempat yang sesak.

Dalam pada itu, bagi minggu yang bermula pada 10 Ogos 2009 dan berakhir pada 16 Ogos 2009, Negara Brunei Darussalam telah mencatatkan:

  • Keramaian sebanyak 5221 orang yang mempunyai tanda-tanda jangkitan influenza telah mendapatkan rawatan di pusat-pusat kesihatan di seluruh negara.
     

  • Dari jumlah tersebut, 10.2% telah dikategorikan sebagai kes kemungkinan Influenza A H1N1 dan telah diberikan rawatan anti-viral (Tamiflu).
     
  • Dalam minggu yang sama, sebanyak 74 kes baru Influenza A H1N1 telah disahkan melalui ujian makmal, membawa jumlah keseluruhan kes yang disahkan kepada 971 kes.
     
  • Dalam jangkamasa yang sama juga, sebanyak 27 buah kelas dari 23 buah sekolah di seluruh negara telah dinasihatkan untuk ditutup berikutan dari terdapatnya kes-kes Influenza A H1N1 yang disahkan di kalangan warga sekolah.

-TAMAT-

Tarikh : 28 Syaaban 1430 / 19 Ogos 2009 

 


English

As released by the World Health Organisation, by early this morning, a total of 227,915 cases of Influenza A H1N1 have been confirmed in 182 countries worldwide. This figure is an increase by 18,925 cases from the previous week with 8 countries reporting for the first time. However, as most countries are no longer required to carry out laboratory testing and report individual cases, the actual number of those infected is expected to be higher.

Also compared to the previous week, 430 new deaths related to Influenza A H1N1 have been reported worldwide including 55 new deaths reported in ASEAN member countries. This brings the total number of deaths related to Influenza A H1N1 worldwide to 2146.

Total number of cases and deaths related to Influenza A H1N1 in ASEAN member countries, as reported to the World Health Organisation are as follows:
 

 ASEAN Member Countries

11 August 2009

19 August 2009

Total No. of Cases

Total No. of Deaths

Total No. of Cases

Total No. of Deaths

Brunei Darussalam

850

1

971

1

Cambodia

24

24 

Indonesia 691 3 771 4
Lao PDR 156 1 226 1
Malaysia 1983 32 2253 67
Myanmar 15 0 17 0
Philippines 3207 8 3207 8
Singapore 1217 9 1217 11
Thailand 10043 81 11398 97
Vietnam 1185 1 1275 2

With the increase in total number of deaths related to Influenza A H1N1 globally, the Ministry of Health continues to remind members of the public who are showing symptoms of influenza, especially those who also suffer from chronic illnesses, to immediately seek medical attention, without delay. This is because people with chronic illnesses such as cardiovascular diseases, respiratory diseases, diabetes mellitus and cancer as well as pregnant mothers are at a higher risk of developing serious complications including death due to the infection of the virus.

The Ministry of Health is also advising the public to avoid or delay unnecessary travel to other countries, especially to countries that are seriously affected by Influenza A H1N1. Those who need to travel to other countries are advised to take precautionary measures such as practicing good personal hygiene, practicing correct coughing or sneezing etiquette, avoiding those who have symptoms of influenza and avoiding crowded places.

Meanwhile, in the week commencing 10 August 2009 and ended on 16 August 2009, Brunei Darussalam has recorded:

  • 5221 patients with symptoms of influenza have sought medical treatment at health centres throughout the country.
     
  • From this total, 10.2% have been categorized as probable cases of Influenza A H1N1 and treated with anti-viral (Tamiflu).
     
  • In the same week, 74 new cases of Influenza A H1N1 have been confirmed through laboratory tests, bringing the total confirmed cases to 971.
     
  • Also in the same period, 27 classes from 23 schools throughout the country have been advised to be closed following the confirmation of Influenza A H1N1 cases among the school population.
     

-END-

Dated: 28 Syaaban 1430 / 20 August 2009      
 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.