Kementerian Kesihatan
ingin mengingatkan orang ramai, memandangkan
kepada musim hujan yang melanda negara pada masa
ini, supaya sentiasa berwaspada sebagai
persediaan, sekiranya terjadi gelombang ke-dua
pandemik Influenza A (H1N1) (second wave).
-
Kerap mencuci tangan dengan menggunakan
sabun dan air, dan mengeringkan tangan
menggunakan tuala pakai buang atau alat
pengering tangan.
-
Menggunakan tisu tangan pakai buang yang
mengandungi alkohol atau gel pembasmi kuman
jika tiada kemudahan mencuci tangan.
-
Menutup hidung dan mulut dengan kertas tisu
apabila bersin atau batuk dan segera
membuang tisu yang telah digunakan ke dalam
tong sampah.
Bagi mereka yang mempunyai tanda-tanda influenza
adalah dinasihati agar mengasingkan diri mereka
dari orang lain, mengurangkan interaksi sosial
dan segera berjumpa doktor untuk mendapatkan
pemeriksaan dan rawatan perubatan.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan juga
meminta kerjasama dari orang ramai khususnya
mereka yang melawat pesakit di hospital supaya
terus mematuhi peraturan melawat pesakit di
hospital-hospital kerajaan iaitu:
-
Melawat pada masa yang
ditetapkan sahaja;\
-
Menghadkan 2 pelawat bagi setiap
pesakit;
-
Tidak membawa kanak-kanak
berumur 12 tahun kebawah untuk melawat
pesakit di hospital;
-
Memakai penutup muka (“mask”)
jika melawat ke hospital.
Langkah-langkah ini adalah semata-mata bagi mencegah
jangkitan wabak tersebut dari merebak lepada
pesakit yang mereka lawat.
Dalam pada ini juga, Kementerian Kesihatan
menasihatkan bagi orang ramai yang akan membuat
perjalanan ke luar negara supaya mengambil
langkah-langkah berwaspada seperti mengamalkan
kebersihan diri yang baik, mengelak dari
mendampingi orang-orang yang mempunyai
tanda-tanda penyakit dan mengelak dari
mengunjungi tempat-tempat yang sesak.
Untuk sebarang pertanyaan umum mengenai
Influenza A H1N1, orang ramai bolehlah
menghubungi talian 145 pada waktu bekerja atau
7180991 di luar waktu berkerja.
-TAMAT-
Tarikh :
24 November 2009 /
6 Zulhijjah 2009 |