Search this site

 

Situasi terkini Influenza A (H1N1) - Siri Ke 62 - Pemantauan Suntikan Vaksin Influenza (H1N1)
 

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Kesihatan telah membuat lawatan ke Pusat Vaksinasi, Ong Sum Ping hari ini, bagi melihat dengan lebih dekat lagi operasi suntikan vaksin Influenza A (H1N1) kepada pegawai dan kakitangan barisan hadapan (frontliners) Kementerian Kesihatan iaitu Pegawai-pegawai Perubatan dan Jururawat serta orang awam yang menghidap penyakit-penyakit kronik. Kementerian Kesihatan telah menerima sebanyak 44, 000 dos vaksin tersebut pada 16 Disember 2009, iaitu merupakan penghantaran yang ketiga.

Pesakit-pesakit berumur 6 bulan ke atas yang menghidap penyakit kronik seperti penyakit paru-paru kronik, penyakit jantung kronik, penyakit buah pinggang kronik, penyakit hati kronik, penyakit neurologikal kronik, kurang daya imuniti dan penyakit kencing manis; dan mereka yang akan membuat perjalanan ke negara-negara beriklim sejuk, bolehlah mendapatkan suntikan vaksin mereka di Pusat-Pusat Suntikan yang telah ditetapkan pada waktu bekerja.

Sehubungan dengan ini, Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan mengenai pembukaan Pusat-Pusat Suntikan Vaksin Influenza A (H1N1) seperti berikut iaitu:

 

DAERAH

PUSAT SUNTIKAN




BRUNEI MUARA


 


1) Pusat Vaksinasi, Ong Sum Ping
2) Pusat Kesihatan Berakas ’A’,Kg. Anggerek Desa
3) Pusat Kesihatan Jubli Perak,Sengkurong
4) Hospital RIPAS (bagi pesakit-pesakit yang mengidap penyakit kronik sahaja, mengikut jadual yang diaturkan)
 

BELAIT

1) Hospital Suri Seri Begawan
2) Pusat Kesihatan Sg. Liang

TUTONG

Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah

TEMBURONG

Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam

Untuk sebarang pertanyaan umum mengenai Influenza A H1N1, orang ramai bolehlah menghubungi talian 145 pada waktu bekerja atau 7180991 di luar waktu bekerja.


-TAMAT-



Tarikh: 22 Disember 2009 bersamaan 5 Muharram 1431

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.