Search this site

 

SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1) - SIRI 64 - PENINGKATAN KES-KES INFLUENZA A (H1N1)
 

Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan bahawa pada minggu lepas terdapat 44 kes Influenza A (H1N1) dilaporkan. Seterusnya pada hari ini sahaja seramai 36 kes terbaru lagi juga dilaporkan.

Oleh itu, berikutan peningkatan kes-kes Influenza A (H1N1) ini, Kementerian Kesihatan menyarankan orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin Influenza A (H1N1) di Pusat-Pusat Suntikan yang disediakan di semua daerah sebagai usahasama bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit tersebut.

Dalam masa yang sama, Kementerian juga seterusnya menasihatkan orang ramai untuk terus mengamalkan kebersihan diri bagi mengawal jangkitan ini dari merebak dengan:

  • Kerap mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air, dan mengeringkan tangan menggunakan tuala pakai buang atau alat pengering tangan.

  • Menggunakan tisu tangan pakai buang yang mengandungi alkohol atau gel pembasmi kuman jika tiada kemudahan mencuci tangan.

  • Menutup hidung dan mulut dengan kertas tisu apabila bersin atau batuk dan segera membuang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.

Kementerian Kesihatan juga meminta kerjasama dari orang ramai khususnya mereka yang melawat pesakit di hospital-hospital supaya terus mematuhi peraturan melawat pesakit iaitu:

  • Melawat pada masa yang ditetapkan sahaja;

  • Menghadkan 2 pelawat bagi setiap pesakit;

  • Tidak membawa kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah untuk melawat pesakit di hospital;

  • Memakai penutup muka (“mask”) jika melawat ke hospital.

Langkah-langkah ini adalah semata-mata bagi mencegah jangkitan wabak tersebut dari merebak kepada pesakit yang mereka lawat.

Untuk sebarang pertanyaan umum mengenai Influenza A (H1N1), orang ramai bolehlah menghubungi talian 145 pada waktu bekerja atau 7180991 di luar waktu berkerja.


-TAMAT-



Tarikh: 1 February 2009 bersamaan 16Safar 1431

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.