Search this site

 

PERKHIDMATAN PENJAGAAN KESIHATAN ASASI SEMASA BULAN RAMADHAN 1431 HIJRAH/2010 MASIHI
 

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi di Pusat Kesihatan Bandar Seri Begawan dan Pusat Kesihatan Sungai Liang akan melanjutkan perkhidmatannya di luar waktu bekerja di bulan Ramadhan. Penambahan masa perkhidmatan ini adalah untuk memudahkan lagi pesakit-pesakit untuk mendapatkan rawatan di bulan Ramadhan, seperti berikut:
 

  1. PUSAT KESIHATAN BANDAR SERI BEGAWAN  

    HARI

    DIBUKA PERKHIDMATANNYA

    Hari Isnin hingga Hari Khamis
    dan Hari Sabtu

    8.00 pagi – 2.00 petang
    dan
    7.00 malam – 10.00 malam

    Hari Jumaat, Hari Ahad
    dan Hari-hari Kelepasan Awam

    2.00 petang – 5.00 petang
    dan
    7.00 malam – 10.00 malam

    Manakala, hari-hari kelepasan awam yang bersambung dengan hujung minggu atau hari kelepasan awam yang lebih sehari, Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Asasi di pusat kesihatan tersebut akan dibuka dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang dan 7.00 malam hingga 11.00 malam.
     
  2. PUSAT KESIHATAN SUNGAI LIANG  

    HARI

    DIBUKA PERKHIDMATANNYA

    Hari Isnin hingga Hari Khamis
    dan Hari Sabtu

    8.00 pagi – 2.00 petang

    Hari Jumaat, Hari Ahad
    dan Hari-hari Kelepasan Awam

    2.00 petang – 9.00 malam

    Sementara itu, Perkhidmatan Kecemasan di Pusat Kesihatan Sungai Liang dibuka perkhidmatannya selama 24 jam.


-  TAMAT -



Tarikh: 10 Ogos 2010 / 29 Syaaban 1431

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.