Search this site

 

LAWATAN YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN KE RUMAH PESAKIT-PESAKIT YANG MEMERLUKAN BANTUAN DI DAERAH TUTONG

 

Hari ini, Ahad, 21 Ogos 2011 bersamaan 20 Ramadhan 1432H, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan dengan rombongan yang terdiri daripada Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampong yang berkenaan, Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan membuat lawatan ke rumah pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan di Daerah Tutong.

Dengan adanya lawatan ini, Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan rombongan berpeluang untuk melihat dengan sendiri keadaan 7 orang pesakit yang telah dikenalpasti sebagai mereka yang memerlukan bantuan, terutamannya pesakit-pesakit yang berteduh di bawah pengendalian Bahagian Kebajikan Perubatan, Hospital RIPAS, Kementerian Kesihatan.

Kementerian Kesihatan bertindak sebagai salah satu agensi Kerajaaan yang sama-sama memeduli kebajikan pesakit-pesakit yang sangat memerlukan bantuan dan sokongan.

Dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit-pesakit terdapat sekelompok pesakit yang memerlukan bantuan social seperti makanan asas dan kewangan. Pesakit-pesakit berkenaan telah dikenalpasti mempunyai masalah socio-ekonomi yang menjejaskan kesihatan mereka. Pesakit-pesakit ini juga merupakan mereka yang sedang menunggu proses dibantu oleh agensi Kerajaan atau mereka yang menerima bantuan yang tidak mencukupi.

Bahagian Kebajikan Perubatan, Kementerian Kesihatan berusaha untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkesan, berkesinambungan dan komprehensif serta holistic. Antara objektif lawatan ini ialah:

  • Untuk memberikan sokongan secara holistic dari segi perubatan, prasarana, kewangan dan keberkesanan keluarga.
  • Memberikan sokongan dan galakan kepada orang ramai, persatuan-persatuan dan pihak swasta untuk membantu mereka yang memerlukan.
  • Sebagai salah satu aktiviti berkebajikan Kementerian Kesihatan.

Semasa lawatan tersebut, Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga menyerahkan sumbangan daripada Tabung Bantuan Amal kepada pesakit-pesakit dan keluarga mereka.


-TAMAT-

Tarikh : 20 Ramadhan 1432H / 21 Ogos 2011

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.