Search this site

 

Simposium Kesihatan 2011 / “Health Symposium 2011

 


 

Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan mengadakan satu Simposium Kesihatan hari ini, Jumaat, 14 Oktober 2011 bertempat di Empire Hotel & Country Club.

Simposium Kesihatan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan ilmu perubatan Pegawai-Pegawai Perubatan dan Pegawai Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professionals) terutama sekali kepada Pegawai Perubatan Penjagaan Kesihatan Asasi (Primary Health Care Physician) daripada pihak Kerajaan dan juga daripada daripada pihak Swasta.

Simposium Kesihatan ini telah mengundang 3 orang penyampai yang akan menyampaikan pelbagai tajuk yang berkaitan dengan kesihatan iaitu:

  1. Dr Soon Chao Yang
    Medical Director, Consultant Cardiologist
    Nobel Heart Centre, Mt Alvernia Medical Centre
    Singapore
    Tajuk: Diabetes and The Heart;
     
  2. Dr Christian Jacobi
    Consultant Neurologist
    Neuroscience, Stroke and Rehabilitation Centre (NSRC)
    Tajuk: Brain Attack – How to Manage?;
     
  3. Dayang Syahmun binti Metassan
    Clinical Psycologist
    Community Psycologist Division
    Department of Health Services
    Brunei Darussalam
    Tajuk: Resilience in Patients

Seramai 150 orang menyertai Simposium Kesihatan ini yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Perubatan dan Pegawai Professional Kesihatan Bersekutu daripada pihak Kerajaan dan juga pihak Swasta.


-TAMAT-

Tarikh : 16 Zulkaedah 1432H / 14 Oktober 2011

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.