Search this site

 

Perasmian Hari Terbuka Pusat Jantung Hospital RIPAS

 



Kementerian Kesihatan melalui Unit Kardiologi Hospital RIPAS mengadakan Perasmian Hari Terbuka Pusat Jantung hari ini, Isnin, 17 Oktober 2011 di Pusat Jantung Hospital RIPAS. Hadir sebagai Tetamu Kehormat dan seterusnya merasmikan acara tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Acara ini adalah kesinambungan dari Majlis Pelancaran Hari Jantung Sedunia yang bertemakan “One World, One Home, One Heart” yang telah diadakan pada 16 Oktober 2011 di Pusat Promosi Kesihatan.

Tujuan Hari Terbuka tersebut ialah untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang maklumat-maklumat mengenai perihal penyakit jantung, pencegahan dan rawatannya di Negara Brunei Darussalam. Penyakit jantung ialah pembunuh utama di seluruh dunia yang mana meragut 17 juta nyawa setiap tahun.

Hari Terbuka Pusat Jantung ini akan dilangsungkan selama tiga hari iaitu pada 17 Oktober 2011 hingga 19 Oktober 2011 dan adalah terbuka kepada orang ramai.


-TAMAT-

Tarikh : 19 Zulkaedah 1432H / 17 Oktober 2011

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.