Search this site

 

SAMBUTAN HARI PENGLIHATAN SEDUNIA 2011

 



Kementerian Kesihatan akan menyambut Hari Penglihatan Sedunia 2011 yang bertemakan 1‘Pencegahan Kebutaan disebabkan Penyakit Kencing Manis’ hari ini, Rabu, 19 Oktober 2011 di Klinik Mata Hospital RIPAS yang disambut diseluruh dunia pada 8 Oktober setiap tahun oleh negara-negara ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Pada tahun ini, Majlis Sambutan Hari Penglihatan Sedunia dikendalikan oleh Jabatan Oftalmologi Hospital RIPAS. Hadir sebagai Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Acara kemuncak Majlis tersebut ialah Pelancaran 2Program Kebangsaan Pencegahan Kebutaan Disebabkan Penyakit Kencing Manis - Plan Strategik 10 Tahun: 2011 – 2020 yang akan dilancarkan oleh Tetamu Kehormat. Program ini adalah sebagai mendokong inisiatif Agensi Antarabangsa bagi Pencegahan Kebutaan dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Dengan adanya Program ini adalah diharapkan supaya rakyat dan penduduk-penduduk di Negara Brunei Darussalam akan memberi perhatian kepada pencegahan kebutaan akibat daripada 3penyakit retinopati yang disebabkan oleh penyakit kencing manis.

Majlis ini juga diselajurkan dengan penyampaian taklimat ringkas mengenai 4Kebutaan disebabkan oleh Penyakit Kencing Manis oleh Mr Joshua George, Vitreo-Retinal Specialist.

Turut hadir di Majlis Sambutan tersebut adalah Yang Mulia Dato Paduka Haji Abd Salam bin Abd Momin, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan dan Hospital RIPAS.

 

1 Pencegahan Kebutaan disebabkan Penyakit Kencing ManisPrevention on Diabetic Blindness
2 Program Kebangsaan Pencegahan Kebutaan Disebabkan Penyakit Kencing Manis – Pelan Strategik 10 Tahun: 2011 - 2020 Brunei National Programme for Prevention fo Diabetic Blindness – 10 Year Strategic Plan: 2011-2020
3 Penyakit Retinopati Diabetic Retinopathy
4 Kebutaan disebabkan Penyakit Kencing ManisDiabetic Blindness



-TAMAT-

Tarikh : 21 Zulkaedah 1432H / 19 Oktober 2011

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.