Search this site

 

MAJLIS KORBAN DAN AQIQAH ANJURAN KEMENTERIAN KESIHATAN DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA TAHUN 1432H

 


Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Korban dan Aqiqah Anjuran Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya bersempena Hari Raya Aidiladha 1432H pada hari ini, Rabu, 9 November 2011 bertempat di Kawasan Letak Kereta Kementerian Kesihatan. Hadir sebagai Tetamu Kehormat ialah ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan dan Datin Paduka Hajah Salmah bte Haji Hanafiah yang juga akan menyempurnakan pengagihan daging-daging korban dan aqiqah tersebut.

Pada tahun ini, bagi memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidiladha, sebanyak lapan (8) ekor lembu telah dikorbankan hasil dari sumbangan dari warga Kementerian Kesihatan. Daging-daging tersebut akan diagih-agihkan kepada kakitangan berpendapatan rendah, pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

Ini juga merupakan acara keugamaan tahunan Kementerian Kesihatan bagi memupuk dan menyemai kesedaran tuntutan agama sebagai pemangkin sumbangan syiar islam di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

Turut hadir di Majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Paduka Haji Abd Salam bin Abd Momin, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan dan Datin, Yang Mulia Dr Hjh Norlila bte Dato Paduka Hj Abd Jalil, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional dan Teknikal) Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Hjh Siti Mariam bte Hj Md Jaafar, Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Kesihatan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.


-TAMAT-

Tarikh : 13 Zulhijjah 1432H / 9 November 2011

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.