
Kementerian Kesihatan mengadakan bengkel Kebangsaan
Evidence-Based Medicine (EBM) dan bengkel WHO
Clinical Practice Guideline 2011 (CPG) yang diadakan serentak bermula dari 23 November 2011 hingga 26 November 2011. Satu majlis pelancaran diadakan bagi menandakan bermulanya kedua bengkel tersebut pada hari ini, Rabu, 23 November 2011 bertempat di The Core, Universiti Brunei Darussalam.
Hadir selaku tetamu kehormat bagi melancarkan bengkel berkenaan ialah Yang Mulia Doktor Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Timbalan Setiausaha Tetap (Professional & Teknikal) Kementerian Kesihatan.
Bengkel EBM ini bertujuan untuk mempelajari tentang prinsip-prinsip dalam
Evidence-based Medicine; dan mendapatkan kemahiran-kemahiran yang perlu bagi mempraktikkannya dalam amalan-amalan klinikal (clinical practices). Para peserta adalah diharapkan akan dapat mempergunakan perkara-perkara yang dipelajari dalam bengkel ini untuk memperbaiki lagi amalan perubatan atau kejururawatan di tempat kerja masing-masing.
Bengkel CPG adalah satu set arahan atau prinsip untuk membantu pengamal penjagaan kesihatan (Healthcare Practioner) bagi memberikan keputusan mengenai penjagaan pesakit dengan menggunakan prosidur-prosidur klinikal. Objektif bengkel CPG ini adalah bagi meningkatkan kualiti perkhidmatna penjagaan kesihatan terutama dikalangan pengamal penjagaan kesihatan.
Seramai lapan puluh (80) peserta mengikuti kedua-dua bengkel tersebut yang terdiri daripada doktor-doktor dan jururawat-jurawat dari hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan seluruh negara. Beberapa orang pakar daripada Singapura dan Filipina telah diundang sebagai pemudahcara (facilitator) bagi kedua bengkel tersebut.
-TAMAT-
Tarikh : 27 Zulhijjah 1431 / 23 November 2011 |