
Di dalam satu operasi yang diadakan baru-baru ini, Kementerian Kesihatan melalui Unit Penguatkuasaan, Bahagian Kawalan Tembakau telah membuat rondaan di beberapa buah kompleks membeli belah di ibu negara dan merampas sebanyak 34 unit rokok elektronik berbagai jenis yang didapati dijual di salah sebuah kedai di kompleks berkenaan. Ini adalah merupakan satu kesalahan di bawah Bab 6 Perintah Tembakau 2005. Mereka yang didapati melakukan kesalahan ini telah dikenakan denda kompaun sebanyak $300.
Kementerian Kesihatan terus mengingatkan orang ramai dan para peniaga bahawa membawa masuk, menjual atau menawarkan untuk jualan sebarang produk yang direka bentuk untuk menyerupai suatu produk tembakau adalah merupakan satu kesalahan di bawah Bab 6 Perintah Tembakau 2005. Sesiapa yang didapati melanggar undang-undang ini boleh dikenakan denda kompaun sebanyak $300 bagi kesalahan pertama, $500 bagi kesalahan kedua dan dihadapkan ke mahkamah bagi kesalahan seterusnya. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga $10,000.
Bagi sebarang keterangan lanjut, orang ramai boleh berhubung dengan:
Unit Penguatkuasaan
Bahagian Kawalan Tembakau
Jabatan Perkhidmatan Kesihatan
Kementerian Kesihatan
No. telefon: 242 7095
No. faks: 242 6453
Email: tcubrunei@gmail.com
--TAMAT-
Tarikh :15 Safar 1433H / 9 Januari 20121 |