Search this site
 

PELETAKAN BATU ASAS PUSAT KESIHATAN RIMBA, GADONG

 



 

Majlis Perletakan Batu Asas bagi Pusat Kesihatan Rimba, Gadong diadakan pada hari ini, Khamis, 29 Rabiulakhir 1433 bersamaan dengan 22 Febuari 2012. Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan perletakan batu asas Pusat Kesihatan Rimba Gadong ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan Bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Awang Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Projek kesihatan Rimba Gadong ini termasuk dalam Rancangan Kemajuan Negara RKN Ke 9, dan dijangka akan siap pada bulan April 2013 dengan belanja lebih kurang $7.8 juta. Arkitek RekaJaya adalah konsultan yang telah dilantik bagi projek ini yang mana majlis menandatangani Memorandum of Agreement (MOA) telah diadakan pada hari Rabu, 18 Rabiulakhir 1432H bersamaan 23 Mac 2011 yang lalu.

Dengan adanya Pusat Kesihatan Rimba, Gadong ini nanti ianya akan dapat memberikan keselesaan disamping dapat menampung

keperluan dan kemudahan-kemudahan kepada pesakit-pesakit di mukim ini dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Perkhidmatan - perkhidmatan yang disediakan di Pusat Kesihatan ini termasuk klinik Pesakit luar, Klinik Flu, Klinik Mata, Klinik Gigi, Klinik Klinik Ibu-Ibu Mengandung, Klinik kesihatan kanak dan Perkhidmatan Farmasi. Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat dalam bangunan ini adalah termasuk Surau, Dewan Kuliah dan Bilik Persidangan.

Turut hadir di Majlis Peletakan Batu Asas tersebut ialah Yang Mulia Dato Paduka Hj Abd Salam bin Abd Momin, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Dr Hjh Norlila bte DP Hj Abd Jalil, Timbalan Setiusaha Tetap (Profesional & Teknikal) Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Hjh Siti Mariam bte Hj Md Jaafar, Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan) Kementerian Kesihatan serta Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan.


--TAMAT-

Tarikh : 29 Rabiulakhir 1433 / 22 Februari 2012

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.