|

Apakah Ujian Mantoux?
Ujian Mantoux adalah
ujian yang di lakukan untuk menyiasat samada
individu itu dijangkiti kuman Tibi
Ujian ini dilakukan pada individu yang mempunyai
hubungan rapat dengan pesakit Tibi paru-paru ('kontak
terdekat') seperti ahli keluarga, kawan terdekat dan
lain-lain.
Cecair "Tuberculin" disuntik di bahagian bawah kulit
lengan. Individu yang terdedah kepada jangkitan Tibi
akan menunjukkan reaski positif dalam masa 48-72 jam
pada kawasan kulit yang disuntik, iaitu tanda
kemerahab yang lebarnya lebih 10mm.
Individu yang menunjukkan reaksi positif diberi
rawatan untuk mencegah dari mendapat penyakit Tibi. |