|

Apa Dia Jangkitan Tuberkulosis Pendam? Dari mana?
Bagaimana?|
Bagaimanakah ia berbeza daripada penyakit
Tuberkulosis?
-
Risiko terdedah pada kes tuberkulosis aktif
termasuk ahli keluarga/teman/rakan sekerja
yang sebelum ini berhubungan rapat dengan
pesakit tuberkulosis pulmonari yang kahak
pesakit mengandungi kuman T.B/basilus.
-
Asimptomatik iaitu tidak mengadu batuk,
demam, batuk berdarah, hilang selera makan,
susut berat badan.
-
C-Xray Tiada bayang abnormal
-
Kahak Negatif TB basilus
-
MANTOUX Positif 10 mm dan ke atas
{Kaedah Rawatan: Tiada simptom selama
pesakit dijangkiti, menjadi simptom (Simptom
pernafasan dan resaman) apabila pesakit yang
dijangkiti menghidap TB aktif}. Orang yang
dijangkiti ini akan dikenal pasti atau
didiagnosis sebagai LTBI melalui Ujian Mx,
apabila pesakit diskrin sebagai kontak atau
menjalani ujian kesihatan.
Mantoux PPD (Purified protein derivative
Terbitan protein terceria) TST (Tuberculin skin
test Ujian kulit tuberkulin)
Memberi TST
Penyakit Tuberkulosis
-
Mengadu batuk, demam, batuk berdarah, hilang
selera makan, susut berat badan.
-
C-Xray Tiada bayang abnormal
-
Calitan/kultur kahak positif mengandungi
basilius/kuman TB
-
MANTOUX mungkin positif atau mungkin tidak
Siapakah yang mudah dijangkiti penyakit ini?
Selain daripada orang yang ada sejarah terdedah/berhubungan
dengan pesakit TB, pelbagai keadaan perubatan
akan meningkatkan risiko perkembangan
tuberkulosis aktif bagi sebarang prevalens
jangkitan tuberkulosis tertentu.
HIV, penyakit buah pinggang peringkat kritikal,
mengambil suntikan drug, diabetes yang
memerlukan insulin, malignansi seperti penyakit
Hodgkin dan penyakit yang dirawat dengan ubat
imunosupresif (Drug untuk mengurangkan sistem
ketahanan normal badan) seperti kortikosteroid.
|