|

Sejarah Kesedaran Penyakit Tibi Di Negara Brunei Darussalam
- Kesedaran terhadap beban penyakit tibi dinegara Brunei Darussalam bermula pada October 1995
- 1-4 hb Oktober 1997 mesyuarat teknikal SEAMIC/IMFJ mengenai penyakit tibi diadakan.
- 1-20hb July 1999 Konsultant dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membuat lawatan ke Negara Brunei Darussalam untuk menganalisa mengenai beban penyakit Tibi di Negara Brunei Darussalam.
- 29hb Mac 2000 Program Tibi Kebangsaan dilancarkan oleh yang berhormat Menteri kesihatan pada masa itu.
- Komiti Program Tibi Kebangsaan ditubuhkan pada tahun yang sama.
- Disember 2000 Pusat koordinasi Tibi Kebangsaan beroperasi sepenuhnya
SEJARAH PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN KLINIK DADA YANG SEKARANG DIKENALI
SEBAGAI PUSAT KOORDINASI TIBI KEBANGSAAN

Dalam 1950an klinik dada sudah mula memberikan perkhidmatannya yang dikhususkan bagi pesakit-pesakit tibi di Hospital Besar Bandar Brunei. Klinik ini berfungsi dengan diketuai oleh seorang Pakar Perubatan dan mempunyai wad tibi yang berasingan. Ini berlanjutan hingga diawal tahun 1980an sehinggalah klinik tersebut berpindah ke Hospital RIPAS, di sini klinik dada bukan sahaja memberikan khidmat kapada pesakit tibi tetapi juga kepada pesakit respiratori yang lain seperti penyakit asthma dan lain-lain.
Pada tahun 2000 Program Kebangsaan Tibi telah dilancarkan oleh Menteri Kesihatan dan pada bulan December 2000 Pusat Koordinasi Tibi Kebangsaan di Kampung Kiarong, Bandar Seri Begawan telah berfungsi sepenuhnya. Kesemua cawangan di Daerah Belait, Tutong dan Temburong berada di bawah pusat ini dari segi perlaksanaan program sementara jentera pentadbiran kakitangan masih lagi di bawah jagaan hospital daerah kecuali bagi daerah Temburong. Hanya pada tahun 2006 Klinik Dada di daerah Belait dipindahkan ke Jabatan Kesihatan Daerah Kampung Pandan dan di bawah jagaan Pegawai Perubatan Kanan Daerah di bawah Jabatan Perkhidmatan Kesihatan. Sementara bagi Daerah Tutong, Pajabat Kesihatan Daerah hanya mula mengambil alih pada tahun diawal tahun 2007.
Nama bagi klinik diketiga daerah ini juga telah ditukar kepada Unit Koordinasi Tibi Daerah pada awal tahun 2007.
Diantara perkembangan Pusat Koordinasi Tibi Kebangsaan sejak ditubuhkan pada tahun 2000.
|
TAHUN |
PENCAMPAIAN |
|
2000 |
Pusat Koordinasi Tibi Kebangsaan berpindah dari
Hospital RIPAS dan berfungsi sepenuhnya di bawah Pengarah Jabatan Perkhidamatan
Kesihatan. |
|
2001 |
Training untuk Jururawat Perkhidmatan Kesihatan
dan Perubatan bagi seluruh Negara di dalam pengendalian pesakit tibi dan DOTS
(Direct Observed Treatment Short course) mula dilaksanakan di Pusat ini dan
keseluruhan para Jururawat telah dilatih dengan jaya pada tahun 2004. |
|
2005 |
Keberkesanaan Program dapat dilihat di mana
penurunan angka pesakit tibi yang dilaporkan telah menurun, iaitu dari 311 pada
tahun 2000 kepada 163 pada tahun 2005. |
|
2006 |
Klinik Dada/ Pusat DOTS Daerah Belait dipindah ke
Jabatan Kesihatan Belait dan diambil alih oleh Jabatan tersebut sepenuhnya dan
diberi nama Unit Koordinasi Tibi Daerah |
|
2007 |
Kelinik Dada Daerah Tutong diambil alih oleh
Jabatan Kesihatan Daerah dan diberi nama Unit Koordinasi Daerah |
|
2007 |
Penghantaran Pekerja Luar Kanan Batuk kering ke
Maktab Pengiran Anak Puteri Rashidah Saadatul Bolkiah bagi mengikuti kursus
sijil kejururawatan sebagai salah satu langkah untuk menaiktaraf perkhidmatan
unit ini. |


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PERKHIDMATAN PUSAT KOODINASI TIBI KEBANGSAAN
Pusat Koodinasi Tibi Kebangsaan adalah pusat yang berfungsi sebagai sebuah unit koordinasi bagi program Tibi kebangsaan diseluruh negara. Perkhidmatan perkhidmatan yang ditangani olih pusat ini seperti:
- Bertanggongjawab dalam mengimplimentasi, memantau, dan menilai semula program Tibi Kebangsaan yang dilancarkan pada bulan December 2000.
- Pusat rujukan bagi pengurusan pesakit Tibi seluruh Negara.
- Pusat rujukan pesakit Tibi yang telah menjalani rawatan intensif di hospital PMMPMHMB Tutong dan RIPAS Bandar Seri Begawan.
- Pengendalian klinik-klinik perjumpaan bagi pesakit-pesakit Tibi didaerah Brunei Muara dan Temburong.
- Sebagai sebuah pusat DOTS negara dan memantau perkhidmatan DOTS diklinik klinik yang memberi perkhidmatan tersebut.
- Membuat “Contact tracing” kepada keluarga pesakit , rakan sejawat dan sekolah sekolah yang terlibat.
- Membuat “ mantoux screening test ” untuk pekerja pekerja kesihatan, pekerja pekerja kontrek dan penuntut yang akan menuntut diluar negara.
- Memberi maklumat yang berpatutan kepada orang awam mengenai penyakit Tibi.
- Mengumpul dan mengemaskinikan data-data pesakit Tibi, contact, mantoux screening test dan LTBI.
- Mengesan “Defaulters” dan menangani masallah yang berbangkit.
- Melaksanakan dan mengendalikan Program Hari Tibi Sedunia.
- Disetiap daerah dibahagi kepada beberapa zon dan setiap zon ada inchage yang mengawasi pesakit tibi supaya mengikuti tatacara DOTS
- Mengendalikan aktiviti kajian operational.
|