Sign In

PRIZE Presentation Ceremony In Conjunction With The BN On The Move Challenge of 20 Billion Steps

PRESS INFO

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA BN ON THE MOVE CABARAN 20 BILION LANGKAH

13 Rejab 1444H bersamaan 04 Februari 2023 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah 'BN on the Move – Cabaran 20 Billion Langkah' pada hari ini bertempat di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada acara ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa selamat dan seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang BN on The Move – Cabaran 20 Bilion Langkah.

 

Majlis ini bertujuan untuk menghargai penyertaan yang sangat positif dari orang ramai dalam kempen BN on The Move yang bertujuan untuk menggalakkan pengamalan gaya hidup aktif dengan melakukan aktiviti senaman seperti berjalan kaki atau meningkatkan jumlah langkah setiap hari secara individu atau berkumpulan sepanjang bulan Oktober 2022 hingga ke penghujung bulan Disember 2022.

 

Cabaran-cabaran bagi bulan Disember 2022 adalah seperti berikut:

  • Mencapai 10,000 langkah setiap hari pada Disember 2022
  • Mencapai matlamat peribadi harian (personal daily steps goals) bagi setiap kategori:
  • 12-17 tahun
  • 18-40 tahun
  • 41-59 tahun
  • 60 tahun ke atas
  • Pemenang “Lucky Draw"
  • Mencapai 10,000 langkah setiap hari dari Oktober 2022 hingga Disember 2022
  • Langkah tertinggi dari Oktober 2022 hingga Disember 2022

 

Kementerian Kesihatan juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Royal Brunei Technical Services, Royal Brunei Airlines, Jerudong Park Medical Centre (JPMC), Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC), Gleneagles JPMC, Imagine Sdn Bhd, Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Progresif Sdn Bhd, Perbadanan TAIB dan Arrowtech Group di atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan kempen ini.

 

Turut hadir di acara ini ialah Yang Mulia Dr Ang Swee Hui, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan; Dr Rafidah binti Hj Gharif, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan; Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif; Ketua-Ketua Jabatan; Pegawai-Pegawai Kanan; Pegawai-Pegawai dan kakitangan-kakitangan daripada Kementerian Kesihatan.

 

-TAMAT-

​ 

Rujukan           : KK/PR 3/1

Tarikh              : 13 Rejab 1443H / 04 Februari 2023 

Attachments