Sign In

Prohibition of imitation tobacco products


In Brunei Darussalam, Section 6 of the Tobacco Order 2005 prohibits the importation, sale or offer for sale, any confectionery or other food product, or any toy or other article, that is designed to resemble a tobacco product or which is sold in a package designed to resemble the packaging commonly associated with tobacco products. 


This includes vaporisers such as electronic cigarettes (e-cigarettes or vapes), e-pipes, e-cigars and the like.


Any person who is guilty of the offence is liable to a fine not exceeding $5,000 and, 

in the case of second or subsequent conviction, to a fine not exceeding $10,000


More information on the health risks of e-cigarettes can be found by clicking here.



Prohibition on importation and sale of tobacco products


Section 3(1) of the Tobacco Order 2005 prohibits the importation, sale or offer for sale;

(a)   any chewing tobacco; or

(b)   such other tobacco product intended, labelled or described as suitable for inhaling, chewing or any oral use other than smoking such as shisha, snuff, snus, smokeless tobacco, gutkha, dissolvable tobacco and the like.

 

Section 3(2) of the Tobacco Order 2005 prohibits the importation, sale or offer for sale any cigarette containing –

(a)   a yield of more than 1.3 milligrams of nicotine per cigarette; or

(b)   a yield of more than 15.0 milligrams of tar per cigarette.

 

Any person who is guilty of the offence is liable to a fine not exceeding $10,000, imprisonment for a term not exceeding 6 months or both and, in the case of a second or subsequent conviction, to a fine not exceeding $20,000, imprisonment for a term not exceeding one year or both.




Tobacco Order 2005 can be accessed online by clicking here.


Should you have any information on the import or sales of such products in Brunei Darussalam, you may report to the:

Health Regulations Services, Ministry of Health at  7192005 (hotline) or 2427095 during office hours (7:45am - 12:15pm and 1.30pm - 4:30pm, Monday to Thursday, and Saturday) or email: health.enforcement@moh.gov.bn




------------------------------------------------------------------------------




Larangan ke atas produk tembakau tiruan

Di Brunei Darussalam, Seksyen 6 Perintah Tembakau 2005 melarang pembawaan masuk, penjualan atau tawaran untuk jualan, sebarang konfeksionari atau produk makanan lain, atau apa jua mainan atau barang lain, yang direka bentuk untuk menyerupai suatu produk tembakau atau yang dijual dalam suatu bungkusan yang direka bentuk untuk menyerupai bungkusan yang biasanya dikaitkan dengan produk tembakau. 


Ini termasuk alat-alat pengewap seperti rokok elektronik (e-rokok atau vapes), e-paip, e-cerut dan sebagainya.


Mana-mana orang yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan denda tidak melebihi $ 5,000 dan,

  dalam hal penyabitan kesalahan kedua atau berikutnya, dikenakan denda tidak melebihi dari $10,000


Maklumat lanjut mengenai risiko kesihatan e-rokok boleh didapati di sini.

 

 

Larangan ke atas pembawaan masuk dan penjualan produk tembakau


Seksyen 3(1) Perintah Tembakau 2005 melarang pembawaan masuk, penjualan atau tawaran untuk jualan;

(a)   sebarang tembakau kunyah; atau

(b)   produk tembakau lain yang dimaksudkan, dilabel atau diperihalkan sebagai sesuai untuk dihisap, dikunyah atau sebarang kegunaan oral selain dari merokok seperti shisha, snuf, snus, tembakau tanpa asap, gutkha, tembakau larut dan sebagainya.

 

Seksyen 3(2) Perintah Tembakau 2005 melarang pembawaan masuk, penjualan atau tawaran untuk jualan sebarang rokok yang mengandungi –

(a)   suatu hasil yang melebihi 1.3 milligram nikotina bagi setiap batang rokok; atau

(b)   suatu hasil yang melebihi 15.0 milligram tar bagi setiap batang rokok.

 

Mana-mana orang yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan suatu denda tidak melebihi $10,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari 6 bulan atau kedua-duanya sekali dan, dalam penyabitan kesalahan kedua atau berikutnya, dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $20,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari satu tahun atau kedua-duanya sekali.



Perintah Tembakau 2005 boleh diakses secara online dengan menekan di sini.


Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai pengimportan atau penjualan produk-produk berkenaan di Brunei Darussalam, anda boleh membuat laporan kepada:

Perkhidmatan Peraturan-Peraturan Kesihatan, Kementerian Kesihatan di talian 7192005 (hotline) atau 2427095 pada waktu pejabat (7:45pagi -12:15ptg dan 1:30ptg - 4:30ptg, Isnin hingga Khamis, dan Sabtu) atau e-mel: health.enforcement@moh.gov.bn