Sign In

Pelabelan


Peraturan-Peraturan Tembakau (Pelabelan) (Pindaan), 2012

  • Peraturan yang menetapkan cara dan ciri-ciri pelabelan ke atas pembungkusan tembakau dan produk tembakau yang dibenarkan bagi pengedaran dan penjualan di Negara Brunei Darussalam.

  • Ini adalah pindaan dari peraturan asalnya iaitu "Peraturan-Peraturan Tembakau (Pelabelan), 2007".

  • Pindaan-pindaan yang dibuat ke atas "Pemberitahuan Tembakau (Larangan di Tempat-Tempat Tertentu), 2007" termasuklah;

      1. Menambah saiz amaran kesihatan bergambar yang dicetak pada setiap bekas produk tembakau samada yang berasap atau tanpa asap, dari 50% kepada 75% dari jumlah luas permukaan bekas yang padanya amaran itu dicetak;

      2. Menggantikan amaran maklumat kesihatan dan sekatan jualan pada setiap bekas rokok dengan amaran-amaran baru.

      3. Menggantikan semua gambar-gambar Amaran Kesihatan dengan yang baru. 

 Pindaan ini mula dikuatkuasakan pada 1 Mac 2012 dan masih berkuatkuasa hingga sekarang.

Peraturan-Peraturan Tembakau (Pelabelan) (Pindaan) 2012 
Muat turun di sini


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Peraturan sebelum pindaan ialah;

Peraturan-Peraturan Tembakau (Pelabelan), 2007

Tarikh dikuatkuasakan:     1 Jun 2008 hingga 28 Feb 2012


Peraturan-Peraturan Tembakau (Pelabelan), 2007
Muat turun 
di sini.