Sign In

Ortodontik

Perkhidmatan Ortodontik memberikan rawatan pemulihan untuk membetulkan susunan gigi dan memperbaiki kedudukan rahang yang tidak teratur. Kepentingan rawatan Ortodontik termasuk meningkatkan kesihatan mulut, memperbaiki penampilan dan memberikan tahap kesihatan gigi yang berpanjangan.

Aplians Ortodontik yang digunakan ialah Aplians Tetap (Fixed appliances) atau Aplians Boleh-Tanggal (Removable appliances). Jenis aplians yang digunakan untuk rawatan akan ditentukan oleh Pakar Ortodontik bergantung kepada tahap masalah pergigian individu. Jenis rawatan akan ditentukan setelah individu menjalani pemeriksaan penuh kesihatan termasuk meneliti sejarah kesihatan dan pergigian serta pengambilan gambar x-ray keadaan pergigian individu. Pakar Ortodontik akan memberikan nasihat jika rawatan Ortodontik diperlukan dan jenis rawatan yang bersesuaian.
 
 

Aplians Tetap
(Fixed braces)
Aplians Boleh-Tanggal
(Removable braces)
  
Jika awda memiliki susunan gigi seperti di bawah ini, awda mungkin memerlukan rawatan ortodontik.
Crowding
Susunan gigi tidak teratur kerana ruang rahang tidak mencukupi untuk pertumbuhan gigi
Overjet
Gigi atas terkeluar
  
Reverse Overjet
Gigi bawah menggigit di depan gigi atas
Spacing
Jarak atau ruang di antara gigi disebabkan oleh gigi yang hilang akibat cabutan atau sebagainya, atau ruang disebabkan pertumbuhan gigi yang tidak memenuhi ruang rahang


Jika keadaan gigi awda tidak ada di dalam keterangan gambar di atas, dan awda bimbang tentang keadaan gigi awda, awda boleh mengunjungi Klinik Pergigian untuk berjumpa dengan Pegawai Pergigian yang akan memberikan nasihat dan temujanji untuk berjumpa Pakar Ortodontik.