Sign In

Pedodontik

Perkhidmatan Pedodontik memberikan perkhidmatan pergigian kepada pesakit-pesakit pediatrik iaitu remaja dan kanak-kanak, serta pengendalian khusus bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Ianya merangkumi perkhidmatan pergigian kepada pesakit pediatrik yang mempunyai masalah kesihatan atau perubatan, masalah ketidakupayaan fizikal dan mental, serta mereka yang mempunyai masalah pengendalian tingkahlaku.

Unit Perkhidmatan Pergigian Pediatrik tidak terlibat secara langsung dalam memberikan perkhidmatan asas pergigian kepada kanak-kanak kecuali bagi mereka yang memerlukan rawatan segera seperti mereka yang mengalami kesakitan, infeksi, bengkak, trauma pergigian atau mereka yang memerlukan rawatan pergigian yang komprehensif sebelum mejalani pembedahan seperti pembedahan jantung.

Di antara kondisi utama yang dikendalikan oleh pakar pergigian pediatrik adalah seperti berikut:

  • Pesakit pediatrik yang mengalami kesakitan gigi dan/atau infeksi dan kebengkakan, dan memerlukan rawatan segera
  • Pesakit pediatrik yang mempunyai masalah kesihatan, fizikal, emosi dan pembelajaran
  • Pesakit pediatrik mengalami trauma pergigian
  • Pesakit pediatrik yang mempunyai masalah pergigian genetik
  • Pesakit pediatrik yang mempunyai masalah kelambatan pertumbuhan gigi
  • Pesakit pediatrik yang memerlukan rawatan pembedahan mulut
  • Pesakit pediatrik yang memerlukan rawatan komprehensif pergigian di bawah Bius Umum (general anaesthetic)
  • Pesakit pediatrik yang mempunyai masalah pengendalian tingkahlaku
  • Pesakit pediatrik yang memerlukan rawatan pergigian yang kompleks seperti rawatan pulpa, dan rawatan prostetik (‘veneers’, ‘crowns’ dan ‘bridges’)

Unit Perkhidmatan Pergigian Pediatrik juga terlibat dalam mengendalikan dan mengadakan promosi kesihatan mulut bagi individu-individu yang berkeperluan khas seperti mereka yang berdaftar dengan pusat-pusat keperluan khas di Negara Brunei Darussalam, dan mereka yang berdaftar dengan Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan.