Sign In

Periodontik

Bidang Periodontik adalah salah satu bidang kepakaran dalam pergigian yang merangkumi penjagaan kesihatan gusi dan struktur yang mengelilingi gigi.

Perkhidmatan Periodontik yang diberikan termasuk:

  • Cara penjagaan kebersihan gigi dan mulut (‘Oral hygiene instructions’).
  • Rawatan dan penjagaan periodontik yang komprehensif (termasuklah rawatan ‘non-surgical’ dan ‘surgical’).
  • Rawatan dan penjagaan periodontik kepada pesakit yang mempunyai ‘dental implants’ (jika perlu).


Di antara kes-kes rujukan yang diterima adalah seperti berikut:

  1. Pesakit luar yang dirujuk oleh pegawai pergigian yang mempunyai masalah gusi.
  2. Pesakit luar yang dirujuk oleh pegawai pergigian yang mempunyai yang masalah ’mucogingival’ seperti resisi (’gingival recession’).
  3. Pesakit yang memerlukan ‘multi-disciplinary dental care’ di mana rawatan pesakit berikut akan dikendalikan bersama dengan pakar pergigian yang lain.