Sign In

Prostodontik

Perkhidmatan Prostodontik bertujuan untuk menggantikan gigi yang hilang dengan gigi gantian (prostesis) yang kekal atau yang boleh ditanggalkan.

Individu yang memerlukan rawatan Prostodontik ialah mereka yang:

  • Memiliki struktur gigi yang rosak akibat karies gigi, tampalan gigi yang besar dan tampalan gigi selalu pecah, yang memerlukan pemulihan struktur
  • Memiliki tampalan atau warna gigi yang kurang menarik
  • Ingin memperbaiki bentuk gigi yang kurang menarik
  • Kehilangan satu atau banyak gigi asal akibat penyakit gigi atau gusi yang memerlukan gantian gigi palsu (prosthesis) untuk mengembalikan fungsi
  • Mengalami penghakisan struktur gigi asal akibat asid (erosion), amalan memberus gigi yang tidak betul menyebabkan abrasi gigi (abrasion), kontak gigi yang tidak normal seperti atrisi gigi (attrition) dan abfraksi gigi (abfraction)
  • Memerlukan rawatan untuk masalah sakit sendi ‘Tempero-Mandibular Joint’ dan otot muka kepala dan tengkuk (‘Facial Pain Disorders’)
  • Memerlukan rawatan pemulihan seperti untuk pesakit bekas mangsa kemalangan , kanser dan sebagainya


Perkhidmatan yang diberikan termasuk:

  • Pemeriksaan pergigian dan rujukan untuk pendapat kedua (second opinion)
  • Memberikan rawatan secara menyeluruh (comprehensive care)
  • Membuat rujukan untuk rawatan pencegahan, pembedahan, Endodontik , Periodontik dan Ortodontik mengikut keperluan pergigian setiap pesakit
  • Memberikan rawatan pemulihan secara langsung seperti tampalan kompleks
  • Memberi rawatan pemulihan dengan prostesis buatan makmal seperti inlay/onlay/veneer atau crown
  • Menggantikan gigi yang hilang dengan gigi palsu yang boleh ditanggalkan (denture)
  • Menggantikan gigi yang hilang dengan gigi palsu jambatan yang kekal kedudukannya (bridge)
  • Menggantikan gigi yang hilang dengan gigi palsu implan samada yang boleh ditanggalkan atau yang kekal
  • Memberi rawatan yang kompleks yang sukar dirawat oleh pegawai-pegawai pergigian ataupun pakar-pakar pergigian dalam pengkhususan yang berlainan yang dijalankan secara “multi-disciplinary” (rawatan secara kerjasama berbagai pengkhususan)
  • Memberikan rawatan surgeri bagi memanjangkan korona gigi sebelum menjalankan sesetengah rawatan crown/bridge
  • Perkhidmatan tampalan gigi untuk mengubah bentuk asal gigi
  • Memberikan rawatan bite resin akrilik untuk pesakit yang menghidap sakit otot dan sendi mandible (Temporo-mandibular joint and muscle disorders, TMJDs) atau bruxer