Sign In

VAPING IS PROHIBITED BY LAW

ENGLISH TRANSLATION

Electronic cigarettes, E-cigarette or Vape are products or devices that fall under the category “Electronic Nicotine Delivery System” or in short “ENDS”. It is a product or device that functions to resemble or imitate conventional cigarettes and use battery power to heat certain liquid commonly known as e-liquid or e-juice to produce vapour which looks similar to tobacco smoke. The vapour generated by E-cigarettes is not merely water vapour as is often claimed by some people but may contain harmful chemical substances including carcinogenic substances.


VAPING IS PROHIBITED UNDER TOBACCO ORDER 2005

Under the Tobacco Order 2005, definition of smoking is inhaling and expelling the smoke of tobacco or any other substance and includes the holding of any cigar, cigarette, pipe or any other form of tobacco product which is alight or emitting smoke.  Therefore, under Section 14(2) of the Tobacco Order 2005 “vaping” or inhaling and expelling vapour from E-cigarette or Vape is included within the definition of smoking and anyone found vaping in specified public places where smoking is prohibited will be fined a compound of $300 for the first offence and $500 for the second and subsequent offences.


Section 6(1) of the Tobacco Order 2005 also states that no person shall import, sell or offer for sale, any confectionery or other food product or any toy or other article that is designed to resemble tobacco products or which is sold in a package designed to resemble the packaging commonly associated with tobacco products.  Therefore, the importation and sale of E-cigarette or Vape in Brunei Darussalam is considered an offence and any offender will be liable to a fine not exceeding $5,000 for the first offence and not exceeding $10,000 for the second and subsequent offences.


NEGATIVE EFFECTS AND RISKS OF USING E CIGARETTE OR VAPE 

Several scientific research done by other countries have found that nicotine content in various types of e-liquid can range from low to high levels.  Nicotine drug can cause addiction and long term consumption and exposure to nicotine drug through inhaling can affect brain development fetus, infants, children and youths.  The color, smell and packaging of e-liquid can attract a child’s attention who may accidentally ingest them and thus, there is risk of poisoning.


STATUS OF E CIGARETTE OR VAPE IN BRUNEI DARUSSALAM

E Cigarette or Vape has never been assessed and approved by any international regulatory agencies as a smoking cessation aid. It is believed to produce harmful substances that can affect health and its safety of use cannot be fully guaranteed. According to the World Health Organization (WHO), the scientific research conducted to prove the safety and effectiveness of E-cigarettes as a smoking cessation tool is not sufficient and not convincing enough to support the claim and draw any concrete conclusions about it. At the present time, not a single E-cigarette has been registered and licensed as either a medical product or medical device that can allow it to be used by the public safely.


The Ministry of Health advices and encourages smokers who have difficulty to quit smoking to make use of an approved combination therapy such as counselling and nicotine replacement therapy, which can be obtained at Klinik Berhenti Merokok at all health centres and National Dental Centre. Public can also download ‘STaR: Sihat Tanpa Rokok’ mobile app that provide information on tobacco use and its dangers, as well as recommending ways to stop smoking. STaR is available on the Android platform through Google PlayStore and an iOS version is being developed for the App Store for Apple users. 


The public may also call Healthline 145 for more information regarding the smoking cessation services.   The Ministry of Health continues to advise the public to report any offences under Tobacco Order 2005 to the enforcement hotline 7192005 or via email at health.enforcement@moh.gov.bn.



ANYONE CAUGHT VAPING IN PUBLIC PLACES WHERE SMOKING IS PROHIBITED 

WILL BE FINED A COMPOUND OF $300 FOR THE FIRST OFFENCE 

AND $500 FOR THE SECOND AND SUBSEQUENT OFFENCES 

UNDER SECTION 14(2) OF THE TOBACCO ORDER 2005



BAHASA MELAYU


Rokok elektronik, e-cigarette atau vape adalah salah satu alat rokok yang menyerupai rokok sebenar. Ia berfungsi dengan menggunakan kuasa bateri untuk memanaskan cecair jus rokok elektronik (e-liquid) untuk menghasilkan wap haba yang serupa dengan asap tembakau. 


VAPING ADALAH DITEGAH DI BAWAH PERINTAH TEMBAKAU 2005

Di bawah perintah tembakau, definasi merokok ialah menyedut dan mengeluarkan asap tembakau atau sebarang bahan lain, dan termasuk memegang apa jua cerut, rokok, paip, atau apa-apa produk tembakau yang bernyala dan mengeluarkan asap. Oleh itu, menyedut dan mengeluarkan wap haba dari e-cigarette atau vape, atau vaping adalah terkandung dalam definasi merokok. Jika seseorang didapati vaping di tempat-tempat awam yang dilarang merokok, boleh dikenakan denda kompaun di bawah Perintah Tembakau 2005 Bab 14(2) iaitu $300 bagi kesalahan pertama, dan $500 bagi kesalahan kedua dan berikutnya. 

Manakala Perintah Tembakau Bab 6(1) menyatakan bahawa tiada sesiapa pun boleh membawa masuk, menjual atau menawarkan untuk jualan, sebarang konfeksionari atau produk makanan lain, atau apa jua mainan atau barang lain, yang direka bentuk untuk menyerupai suatu produk tembakau atau yang dijual dalam suatu bungkusan yang direka bentuk untuk menyerupai bungkusan yang biasanya dikaitkan dengan produk tembakau. Oleh itu, pengimpotan dan penjualan e-cigarette atau vape di Negara Brunei Darussalam adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi dari $5,000 bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi dari $10,000 bagi kesalahan kedua dan berikutnya. 

KESAN NEGATIF DAN RISIKO AKIBAT PENGGUNAAN E-CIGARETTE ATAU VAPE

Beberapa kajian saintifik dari luar negara ke atas jus e-liquid telah mendapati bahawa kandungan dadah nikotin di dalam pelbagai jenis jus e-liquid adalah berbeza.  Dadah nikotin boleh menyebabkan ketagihan. Pengambilan dan pendedahan dadah nikotin yang berpanjangan melalui sedutan berpotensi untuk menjejaskan perkembangan otak janin, kanak-kanak dan remaja. Manakala, warna, bau jus e-liquid  dan cara pembungkusan jus e-liquid boleh menarik perhatian kanak-kanak dan seterusnya mendatangkan kemudharatan dan risiko keracunan jika terminum atau termakan. 

STATUS PRODUK E-CIGARETTE ATAU VAPE DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

E-cigarette atau vape tidak pernah dinilai dan diluluskan oleh mana-mana agensi kawal selia antarabangsa sebagai alat bantuan berhenti merokok dan ianya mungkin mengandungi bahan-bahan merbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan dan belum terjamin keselamatan penggunaannya. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), belum ada kajian saintifik yang cukup untuk membuktikan keberkesanan e-cigarette atau vape sebagai alat bantuan berhenti merokok. Pada masa sekarang, tidak ada satu pun e-cigarette atau vape yang berdaftar dan dilesen sebagai alat bantuan berhenti merokok. 


Kementerian Kesihatan menasihatkan dan menyarankan kepada para perokok yang mempunyai masaalah untuk membuang atau memberhentikan tabiat merokok untuk memdapatkan perkhidmatan berhenti merokok yang menggunakan kombinasi rawatan yang telah diluluskan seperti khidmat kaunseling dan menggunakan ubat terapi gantian nikotin. Kombinasi rawatan ini boleh didapati di Klinik Berhenti Merokok di Pusat-Pusat Kesihatan dan Pusat Pergigian Negara. Para perokok juga boleh memuat turun aplikasi telefon bimbit STaR: Sihat Tanpa Rokok yang merupakan sebuah inisiatif baru di mana penggunaan aplikasi talipon bimbit digunakan sebagai kaedah utama untuk menyampaikan maklumat-maklumat mengenai bahaya merokok serta bantuan dan langkah-langkah untuk berhenti merokok secara mudah alih (mobile).  Ianya boleh di muat turun di laman sesawang Google Play dan App Store.  


Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi talian Healthline 145 untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan berhenti merokok tersebut. Seterusnya, Kementerian Kesihatan menasihat orang ramai supaya melaporkan sebarang kesalahan Perintah Tembakau 2005 kepada Unit Penguatkuasaan Kesihatan melalui talian hotline 7192005 atau email kepada health.enforcement@moh.gov.bn


JIKA AWDA DIDAPATI VAPING DI TEMPAT AWAM YANG DILARANG MEROKOK, AWDA BOLEH DIKENAKAN DENDA KOMPAUN DI BAWAH PERINTAH TEMBAKAU 2005 IAITU $300 BAGI KESALAHAN PERTAMA, DAN $500 BAGI KESALAHAN KEDUA DAN BERIKUTNYA.




Attachments