PENGUMUMAN MEDIA
​PENEMPATAN SEMENTARA UNIT RAWATAN RAPI 3 (ICU 3) HOSPITAL RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA
Rabu, 6 Safar 1445H / 23 Ogos 2023 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa Unit Rawatan Rapi 3 (ICU 3) yang terletak sebelah Bilik Bedah di Tingkat 1, Blok 4 akan berpindah sementara ke Tingkat 3, Blok 3 (berhadapan kantin dan koperasi BKSS) iaitu di antara Wad ICU 1 dan Unit Dialisis, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bermula pada hari Khamis, 24 Ogos 2023.
Penempatan sementara ini adalah disebabkan oleh pemasangan 2 unit penghawa dingin bagi menambahkan kapasiti penyejukan di ICU 3, yang bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada para pesakit. ICU 3 akan berpindah balik semula ke tempat asal setelah kerja-kerja pemasangan selesai dilaksanakan.
Kementerian Kesihatan ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang dialami. Kefahaman, kerjasama dan kesabaran orang ramai adalah sangat dihargai.
-TAMAT-
Rujukan : HRIPAS/CSR/Pengumuman Media
Tarikh : 6 Safar 1445H / 23 Ogos 2023