Sign In

MOH organized Korban Ceremony

PRESS INFO

MAJLIS IBADAH KORBAN KEMENTERIAN KESIHATAN DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA BAGI TAHUN 1445H/2024M​


Rabu, 12 Zulhijjah 1445H / 19 Jun 2024M – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya bagi Tahun 1445H / 2024M pada hari ini bertempat di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan. Majlis pada petang ini adalah anjuran bersama Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Pusat Promosi Kesihatan dan Bahagian Pengurusan Estet dan Perkembangan Projek, Kementerian Kesihatan.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Pemangku Menteri Kesihatan.

 

Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Ustaz Ahmad Syuja'iee bin Begawan Mudim Haji Matassim, Ketua Guru Ugama, Unit Perkhidmatan Ugama Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Majlis diteruskan dengan Ceramah Ibadah Korban dan Keistimewaannya yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Mohammad Fahmi bin Haji Matnor, Pegawai Ugama, Jabatan Agama ABDB.

 

Pada tahun ini, sebanyak 3 ekor kerbau dikorbankan dan diagih-agihkan kepada lebih kurang 199 penerima, yang terdiri dari kakitangan Bahagian V Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya di semua daerah. Pembahagian dan pengagihan daging-daging korban telah disampaikan oleh Yang Berhormat Pemangku Menteri Kesihatan, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Professional) Kementerian Kesihatan.

 

Turut hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Ketua-Ketua Jabatan, beserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

-​ T A M A T -


Tarikh: 12 Zulhijjah 1445H / 19 Jun 2024M

Rujukan: KK/PR/3/1


Attachments