Sign In

SHUTTLE bus service at Jubli Perak Health Centre, Sengkurong

PENGUMUMAN MEDIA

PERKHIDMATAN SHUTTLE BUS BAGI

PUSAT KESIHATAN JUBLI PERAK SENGKURONG

 

Selasa, 30 Rejab 1444H / 21 Februari 2023 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan Shuttle Bus ulang alik yang disediakan dari tempat letak kereta Masjid Sultan Sharif Ali, Mukim Sengkurong ke Pusat Kesihatan Jubli Perak Sengkurong telah kembali beroperasi semula sejak 1 Disember 2021. Perkhidmatan tersebut disediakan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat kesihatan berkenaan.

 

Pada masa ini, jadual perkhidmatan tersebut adalah seperti berikut:

Waktu operasi bagi perkhidmatan Shuttle Bus​

Isnin - Khamis & Sabtu

(kecuali hari kelepasan awam)

7:00 pagi – 12:20 tengah hari

1:20 petang – 4:50 petang

Shuttle bus akan berulang alik setiap 15 minit

 

Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan shuttle bus tersebut dan lokasi bagi tempat pick-up dan drop-off adalah seperti berikut:

Tempat 'Pick Up'Tempat 'Drop-off'
Kawasan letak kereta Masjid Sultan Sharif Ali, Mukim SengkurongKawasan letak kereta berdekatan pintu utama Pusat Kesihatan Jubli Perak Sengkurong

 

Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123 atau layari laman web: www.moh.gov.bn atau mengikuti media sosial Kementerian Kesihatan: @mohbrunei

 

-​ T A M A T -

 

Tarikh:           30 Rejab 1444H / 21 Februari 2023M

Rujukan:       KK/PR/3/1

Attachments