Sign In

MOH celebrates Isra' & Mi'Raj

​PRESS INFO

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' DAN MI'RAJ

BAGI TAHUN 1444 HIJRAH

 

Sabtu, 04 Syaaban 1444 / 25 Februari 2023 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj hari ini, bertempat di Dewan Al'-Afiah, Kementerian Kesihatan yang dikelolakan oleh Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan.

 

Majlis ini diadakan untuk memperingati kembali peristiwa bersejarah Isra' Mi'raj Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang mana ianya adalah suatu da'wah dan nasihat serta peringatan tentang kenabian Baginda sebagai Rasulullah dan agar umat Islam sentiasa meningkatkan keimanan, ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wata'ala (SWT) dan selalu meneladani Akhlak Mulia Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Di Majlis tersebut, Penceramah Undangan Pensyarah dari Fakulti Pembangunan Pengurusan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr Hilmy Baihaqy bin Awang Haji Yusof telah menyampaikan ceramah bertajuk 'Bersabar, Berikrar, Bertawakal dan Berdoa Menghadapi Ujian: Sembahyang Meraih Redha Allah'.

 

Turut hadir di Majlis tersebut ialah Pemangku Setiausaha Tetap, Dr Ang Swee Hui, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Dr Hjh Anie Haryani binti Hj Abd Rahman, Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Pengiran Doktor Haji Khalifah bin Pengiran Haji Ismail, ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

- TAMAT -

 

Rujukan:    KK/PR/2023

Tarikh:       04 Syaaban 1444 / 25 Februari 2023


Attachments