PREGNANCY AND HIV: CARING FOR YOURSELF AND YOUR BABY
WHAT IS HIV ?
· HIV is short for human immunodeficiency virus
· Is a type of virus that prevents the body's immune system from working properly and makes it hard to fight off infections
FACTS ABOUT HIV INFECTION
· The number of women around the world who are infected is on the rise
· The HIV infection can be passed on to your baby during pregnancy, delivery or during breast feeding
· You can have the infection for years and not know it or have any symptoms
· You start having symptoms only when the disease progresses to AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome )
· To get early help for yourself and your baby, you need to get tested
WHO IS AT RISK ?
· Anyone who had sex with someone who has HIV
· Anyone with multiple sexual partners
· Any drug user who shares needles with someone who is infected
· Anyone who had body piercing or tattooing done using infected tools

HIV TESTING IN PREGNANT WOMEN
· HIV testing during pregnancy is important for detecting the infection
· Early detection allows early treatment of HIV which reduces the risk of your baby getting the infection
WHAT IF THE TEST IS NEGATIVE ?
· It means you are not infected with HIV or it is too soon for HIV to be detected in your blood
· If you are considered to be at high risk of getting HIV, your doctor may ask you to repeat the test again in 3 months' time, just to be sure
WHAT IF THE TEST IS POSITIVE ?
· Positive test result will not deny you from getting antenatal care
· You will be offered specialist care and regular heath check ups.
· You will be cared for by a team that includes:
- A doctor who specialises in HIV
- An obstetrician
- A paediatrician
CAN I REDUCE THE CHANCE OF PASSING ON HIV TO MY BABY?
You can greatly reduce the risk of passing on HIV to your baby if you:
· Have treatment with anti-retroviral drugs
· Have a caesarean section
· Avoid breastfeeding
WILL MY BABY GET HIV ?
· Your baby has a better chance of not getting HIV if you start or continue taking HIV drugs while you are pregnant.
· There is a 1 in 4 chance that your baby will get HIV if you do not take the HIV drugs
WILL PREGNANCY MAKE HIV WORSE?
· No
WILL I HAVE TO PAY FOR THE HIV DRUGS?
· No
CAN THE HIV DRUGS HURT MY BABY?
· HIV drugs rarely hurt the baby
WILL ANYONE ELSE BE TOLD ABOUT MY HIV STATUS ?
· Your health care team needs to be aware that you are HIV positive, so that they can provide the best care possible for you and your baby
· If you have not yet told your sexual partner that you are HIV positive, the team will encourage and support you to do so, in order to reduce the risk of passing on HIV
· Your HIV status will not be revealed to anyone without your permission
PREGNANT WOMEN ARE ENCOURAGED TO HAVE HIV TEST BECAUSE TREATMENT AND GOOD OBSTETRIC CARE
ARE VERY EFFECTIVE IN PREVENTING MOTHER TO CHILD TRANSMISSION
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KEHAMILAN DAN HIV
APAKAH ITU HIV?
· HIV ialah singkatan bagi human immunodeficiency virus
· Ia merupakan sejenis virus yang dapat melemahkan sistem imun (pertahanan) badan
FAKTA MENGENAI JANGKITAN HIV
· Statistik dunia terkini menunjukkan peningkatan jumlah pesakit wanita yang dijangkiti HIV
· Virus ini boleh dijangkitkan daripada seorang wanita kepada anak dalam kandungannya sewaktu hamil, semasa bersalin dan melalui penyusuan susu ibu
· Kebanyakan mereka yang mendapat HIV tidak menunjukkan sebarang simtom atau tanda selama bertahun-tahun
· Satu-satunya cara untuk mengenalpasti bahawa seseorang itu telah dijangkiti HIV ialah dengan membuat ujian darah bagi mengesan antibodi
· Apabila HIV berkembang biak dan merosakkan sistem imun (pertahanan) badan, pesakit mudah dijangkiti oleh pelbagai jenis penyakit dan mula menunjukkan simtom
· Peringkat inilah yang dipanggil AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) iaitu Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit
RISIKO JANGKITAN HIV
· Melalui hubungan seks bersama pasangan yang dijangkiti HIV
· Mempunyai ramai pasangan seksual
· Perkongsian jarum dalam penggunaan dadah
· Bertindik atau bertatu dengan alat yang dijangkiti HIV

UJIAN HIV UNTUK IBU MENGANDUNG
· Ujian HIV sewaktu mengandung adalah penting bagi mengesan jangkitan HIV serta membolehkan rawatan diberikan seawal mungkin
· Rawatan awal boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV kepada anak dalam kandungan
APAKAH MAKSUD UJIAN HIV NEGATIF ?
· Ini bermakna bahawa Dayang tidak mempunyai jangkitan HIV ataupun masih terlalu awal untuk mengesan antibodi
· Jika Dayang berisiko tinggi untuk mendapatkan jangkitan HIV, doktor mungkin menasihatkan Dayang untuk mengambil ujian ulangan selepas tiga bulan
APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN JIKA UJIAN HIV SAYA POSITIF ?
· Dayang akan diberi penjagaan pakar dan pemeriksaan yang kerap semasa hamil
· Pakar-pakar yang terlibat dalam rawatan Dayang adalah:
- Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit
- Pakar Sakit Puan
- Pakar Kanak-kanak
CARA-CARA MENGURANGKAN RISIKO JANGKITAN HIV KEPADA ANAK DALAM KANDUNGAN
· Mengambil rawatan anti-retroviral ketika hamil
· Menjalani pembedahan caesarean
· Mengelakkan pemberian susu ibu
ADAKAH ANAK DALAM KANDUNGAN SAYA BERISIKO DIJANGKITI HIV ?
· Anak dalam kandungan mempunyai risiko 1 dalam 4 untuk dijangkiti HIV jika ibunya HIV positif dan tidak menerima sebarang rawatan
ADAKAH KEHAMILAN AKAN MENYEBABKAN HIV MEREBAK?
· Tidak
BERAPAKAH BAYARAN UNTUK RAWATAN HIV?
· Rawatan adalah percuma
ADAKAH RAWATAN HIV BOLEH MEMBAWA MUDARAT KEPADA ANAK DALAM KANDUNGAN?
· Rawatan anti-retroviral adalah selamat untuk anak dalam kandungan
ADAKAH KEPUTUSAN UJIAN HIV SAYA SULIT?
· Para pakar dan pekerja kesihatan perlu mengetahui status HIV Dayang untuk membolehkan mereka memberi rawatan yang terbaik dan berterusan kepada Dayang dan anak dalam kandungan
· Dayang adalah digalakkan untuk memaklumkan status HIV Dayang kepada pasangan Dayang bagi mengurangkan risiko jangkitan HIV kepadanya.
· Status HIV Dayang adalah sulit dan tidak akan dimaklumkan kepada orang lain tanpa keizinan Dayang.
WANITA HAMIL ADALAH DIGALAKKAN UNTUK MENJALANI UJIAN HIV KERANA RAWATAN AWAL ADALAH BERKESAN
UNTUK MENGURANGKAN RISIKO JANGKITAN HIV KEPADA ANAK DALAM KANDUNGAN