Sign In

ROADSHOW launced in conjuction with World Kidney Day 2023

PRESS INFO

MAJLIS PELANCARAN JERAYAWARA

“KESIHATAN BUAH PINGGANG UNTUK SEMUA"

SEMPENA HARI BUAH PINGGANG SEDUNIA TAHUN 2023


Sabtu, 07 Zulkaedah 1444H / 27 Mei 2023M – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Pelancaran bagi Jerayawara “Kesihatan Buah Pinggang Untuk Semua" sempena Hari Buah Pinggang Sedunia Tahun 2023 pada hari ini bertempat di Atrium Concourse, The Mall Gadong.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada acara ini ialah Yang Mulia Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan doa selamat oleh Yang Mulia Ustaz Awang Haji Sufrian bin Haji Umar, Guru Ugama, Jabatan Perkhidmatan Renal. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Tetamu Kehormat dan pelancaran Jerayawara dan seterusnya menyaksikan Pameran.

 

Jerayawara ini akan diadakan di keempat-empat daerah dan bagi Daerah Brunei Muara, ianya akan berlangsung selama dua hari, iaitu dari 27 – 28 Mei di The Mall Gadong. Manakala, bagi daerah lain pula:

​DaerahTarikhTempat
Daerah Belait6 Ogos 2023Kuala Belait
Daerah Temburong17 Sep 2023Bangar, Temburong
Daerah Tutong5th Oct 2023Tamu Tutong

 

Tujuan untuk mengadakan jerayawara ini adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan buah pinggang serta masalah yang berkaitan dengannya. Selain mengadakan jerayawara, Jabatan Perkhidmatan Renal juga menganjurkan larian amal secara maya atau Virtual Run. Larian Virtual Run ini akan bermula dari 1 Julai sehingga 31 Julai 2023 dan orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyertainya yang mana pendaftaran bagi larian ini akan ditutup pada 31 Mei 2023 ini.


Orang ramai juga boleh menyertai pertandingan video melalui TikTok, yang mana pertandingan ini bertujuan untuk mengalakkan orang ramai menerbitkan video mengenai kepentingan untuk menjaga buah pinggang dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Cabaran video ini dibukakan kepada orang ramai melalui TikTok: renal.brunei dan penyertaan akan ditutup pada 16 Julai 2023.

 

Manakala, aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa Jerayawara di The Mall Gadong adalah:

  • Pameran memfokuskan kepada Kesihatan Buah Pinggang;
  • Sesi Dialog Kesihatan Buah Pinggang dengan topik:
    • Kesihatan dan Perubatan Dalam Perspektif Islam - 27 Mei, 7 malam
    • Kesihatan Buah Pinggang Untuk Semua - 28 Mei, 11 pagi
    • Pemindahan Buah Pinggang Di Negara Brunei Darussalam, 28 Mei, 3 petang
  • Pemeriksaan Saringan kesihatan untuk orang ramai;
  • Coffee talk" dengan Pegawai Perubatan;
  • Permainan dan Kuiz berkaitan dengan Kesihatan Buah Pinggang;
  • Senamrobik;
  • Menu Sihat; dan
  • Pendaftaran Virtual Run"

 

Turut hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Dr Hajah Surita binti Haji Mohd Taib, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Yang Mulia Pengiran Dr. Hajah Lailawati binti Haji Jumat, Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Ketua-Ketua Jabatan, beserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

 

Bagi maklumat terkini, orang ramai boleh mengikuti media sosial: @mohbrunei dan @renal.brunei atau melayari www.moh.gov.bn

 

- T A M A T -

 

Tarikh: 07 Zulkaedah 1444H / 27 Mei 2023M

Rujukan: KK/PR/3/1


Attachments