Sign In

MOH presents Pingat Kerja Lama (P.K.L.) to staffs

​PRESS INFO
Majlis Penyampaian Pingat Kerja Lama (P.K.L.)
Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 tahun Bagi Tahun 2022
Untuk Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya
 

Isnin, 21 Zulhijjah 1444 / 10 Julai 2023 – Majlis Penyampaian Pingat Kerja Lama (P.K.L.) Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 tahun Bagi Tahun 2022 untuk Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya diadakan pada hari ini, Isnin, 10 Julai 2023 di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan. Hadir selaku Tetamu Kehormat menyampaikan pingat-pingat berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.


Majlis ini bertujuan untuk memberikan setinggi-tinggi penghargaan bagi warga Kementerian Kesihatan atas jasa bakti mereka kepada Raja, kerajaan dan dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan. Dengan ini, ianya akan menyuntik lagi semangat bagi warga yang lain untuk turut meningkatkan mutu kerja dengan lebih gigih dan cemerlang.


Pada majlis ini, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyempurnakan penyampaian Pingat Kerja Lama (P.K.L.) sempena ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 tahun kepada 41 orang warga Kementerian Kesihatan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Selawat Tafrijiyah yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Haji Mohd Emmarol bin Haji Azamain dan diteruskan dengan penyampaian Pingat Kerja Lama (P.K.L.).


Turut hadir di Majlis tersebut ialah Yang Mulia Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Dr. Ang Swee Hui, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Dr. Hajah Anie Haryani binti Haji Abdul Rahman, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Dr. Hajah Lailawati binti Haji Jumat, Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan; Ketua-ketua Jabatan, Pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

 

- TAMAT -

 

Rujukan: KK/PR/3/1

Tarikh: 21 Zulhijjah 1444 / 10 Julai 2023


Attachments