Sign In

"KIDNEY Health for All" Roadshow held in Kuala Belait

PRESS INFO

​JERAYAWARA “KESIHATAN BUAH PINGGANG UNTUK SEMUA" SEMPENA HARI BUAH PINGGANG SEDUNIA TAHUN 2023


Ahad, 19 Zulkaedah 1444H / 06 Ogos 2023M – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Pelancaran Jerayawara “Kesihatan Buah Pinggang Untuk Semua" Sempena Hari Buah Pinggang Sedunia Tahun 2023 pada bulan Mei yang lalu dan jerayawara di Kuala Belait ini adalah kesinambungan bagi acara tersebut.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada acara ini ialah Yang Mulia Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad, Pemangku Pegawai Daerah Belait. Turut hadir di majlis ini ialah Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung & Ketua-ketua Rumah Panjang Daerah Belait dan pegawai-pegawai dan kakitangan di Jabatan Perkhidmatan Renal, Kementerian Kesihatan.

 

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai serta sesi pemanasan badan dan acara diteruskan dengan acara 'Fun Walk/ Run'. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa Jerayawara adalah seperti berikut:

  • Pameran Kesihatan Buah Pinggang;
  • Pemeriksaan kesihatan percuma;
  • Permainan dan Kuiz;

 

Jerayawara ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan buah pinggang serta masalah yang berkaitan dengannya dan Jabatan Perkhidmatan Renal, Kementerian Kesihatan juga berhasrat untuk melancarkan Jerayawara-jerayawara yang sama di daerah Tutong dan juga daerah Temburong.

 

-​ T A M A T -

 

Tarikh: 19 Zulkaedah 1444H / 06 Ogos 2023M

Rujukan: KK/PR/3/1


Attachments