Sign In

SILVER jubliee celebration ceremony for Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Hospital, Tutong

PRESS INFO

MAJLIS SAMBUTAN JUBLI PERAK PERKHIDMATAN HOSPITAL PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH, TUTONG

​ 

Sabtu, 25 Muharram 1445H / 12 Ogos 2023 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sambutan Jubli Perak perkhidmatan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong. Majlis tersebut diadakan di Dewan Seri Kenangan, Tutong.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Majlis didahului dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Abdul Afiq bin Ahmad Mahmud, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah selaku Pengerusi Bersama Majlis dan diteruskan dengan pelancaran majlis dan memotong kek oleh Tetamu Kehormat Majlis.

 

Majlis sambutan ini bertujuan untuk memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan. Seramai 25 orang pegawai dan kakitangan menerima Sijil Penghargaan yang telah berkhidmat lebih dari 25 tahun di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee. Majlis juga diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada mantan-mantan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

 

Turut hadir di Majlis tersebut ialah Yang Mulia Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Pengiran Dr Haji Khalifah bin Pengiran Haji Ismail, Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

 

- TAMAT -

 

Rujukan:    KK/PR/2023

Tarikh:       25 Muharram 14445 / 12 Ogos 2023


Attachments