Sign In

Doa Kesyukuran Ceremony in conjunction with the Silver Jubilee service of Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Hospital, Tutong.

PRESS INFO​

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA MEMPERINGATI JUBLI PERAK PERKHIDMATAN HOSPITAL PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH, TUTONG

 

Khamis, 23 Muharram 1445H / 10 Ogos 2023 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena memperingati Jubli Perak perkhidmatan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong. Majlis tersebut diadakan di Surau As-Salam, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Majlis didahului dengan Sembahyang Fardhu Maghrib dan diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Pengiran Haji Radiman bin Pengiran Haji Tengah, Ketua Guru Ugama dan diteruskan dengan bacaan Surah Yassin dan Doa Kesyukuran sempena memperingati Jubli Perak perkhidmatan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.

 

Turut hadir di Majlis tersebut ialah Yang Mulia Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Pengiran Dr Haji Khalifah bin Pengiran Haji Ismail, Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.


- TAMAT -

Rujukan:      KK/PR/2023

Tarikh:         23 Muharram 14445 / 10 Ogos 2023


Attachments