Sign In

HEALTH talk and "Kidney Health for All" Roadshow for Ministry of Education

PRESS INFO

SESI PERTAMA TAKLIMAT KESIHATAN DAN JERAYAWARA

“KESIHATAN BUAH PINGGANG UNTUK SEMUA" SEMPENA

HARI BUAH PINGGANG SEDUNIA TAHUN 2023

 

Rabu, 29 Muharram 1445H / 16 Ogos 2023M – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Sesi Pertama Taklimat Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Renal untuk Kementerian Pendidikan dan ini adalah salah satu acara kesinambungan dari Jerayawara “Kesihatan Buah Pinggang Untuk Semua" sempena Hari Buah Pinggang Sedunia tahun 2023.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Ustaz Haji Mohd Emmarul bin Haji Azamain, Guru Kanan I, Perkhidmatan Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Abdul Mu'iz bin Haji Ibrahim, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Jabatan Perkhidmatan Renal.

 

Taklimat ini dihadiri oleh seramai 250 orang pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pendidikan. Taklimat dan jerayawara ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan buah pinggang serta masalah yang berkaitan dengannya.


Jabatan Perkhidmatan Renal, Kementerian Kesihatan juga berhasrat untuk mengadakan beberapa sesi taklimat untuk Kementerian-Kementerian yang lain pada bulan September yang akan datang.


-​ T A M A T -

 

Tarikh: 29 Muharram 1445H / 16 Ogos 2023M

Rujukan: KK/PR/3/1


Attachments