Sign In

CUSTOMER Service Training Program launching ceremony

​PRESS INFO

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM LATIHAN PERKHIDMATAN PELANGGAN (CUSTOMER SERVICE TRAINING)

 

Rabu, 27 Safar 1445H / 13 September 2023 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Latihan Perkhidmatan Pelanggan (Customer Service Training) pada hari ini bertempat di Dewan Al'-Afiah, Kementerian Kesihatan. Ini adalah salah satu usaha berterusan Kementerian Kesihatan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan terhadap pelanggan di hospital-hospital kerajaan, pusat-pusat kesihatan dan fasililiti-fasiliti kesihatan di seluruh negara. Latihan Perkhidmatan Pelanggan ini diungkayahkan oleh Jabatan Pentadbiran dan Kewangan melalui Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Hj Maswadi bin Hj Mohsin, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan.

 

Majlis didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Yang Mulia Haji Zidi bin Haji Wasli dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Pengiran Hajah Juliyamah binti Pengiran Haji Omar Alli, Penolong Pengarah Perkembangan Sumber Tenaga Manusia. Diikuti dengan ucapan dan Pelancaran Program Latihan Perkhidmatan Pelanggan oleh Tetamu Kehormat Majlis.

 

Tujuan Program Latihan Perkhidmatan Pelanggan ini diadakan adalah bagi:

  • Membudayakan sikap pemedulian pelanggan dikalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan khususnya petugas barisan hadapan (frontliners);
  • Meningkatkan kemahiran komunikasi yang efektif dikalangan warga Kementerian Kesihatan;
  • Menerapkan dan menanam nilai-nilai murni ke dalam minda, hati budi serta perilaku tenaga kerja di semua peringkat;
  • Membina keyakinan yang tinggi dikalangan masyarakat terhadap perkhidmatan, pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan; dan
  • Mendukung inisiatif Kementerian Kesihatan untuk projek Rebranding.
 

​Program-program latihan yang dirancang adalah Fundamental Customer Service dan Call Handling and Telephone Etiquette. Program-program ini dibahagikan kepada dua kategori:
  • Healthcare Professionals (Doktor, Jururawat, Profesional Kesihatan Bersekutu)
  • Kakitangan Sokongan (Support Staff) dan Pekerja Barisan Hadapan (Frontliners)


Latihan ini akan dijalankan sebanyak enam (6) sesi sepanjang tahun bagi Fundamental Customer Service dan sebanyak tiga (3) sesi sepanjang tahun bagi Call Handling and Telephone Etiquette pada tarikh-tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Kursus ini dirancang akan diadakan di dua (2) daerah berasingan iaitu Daerah Brunei Muara dan Daerah Belait.

 
Turut hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Dr Ang Swee Hui, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Dr Hajah Anie Haryani binti Haji Abdul Rahman, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan; Ketua-Ketua Jabatan; pegawai-pegawai kanan serta 30 orang peserta kursus Program Latihan Perkhidmatan Pelanggan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan barisan hadapan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

- TAMAT -


 
Rujukan:          KK/PR/2023

Tarikh:             27 Safar 1445H / 13 September 2023


Attachments