Sign In

MOH celebrates Maulud Nabi S.A.W

PRESS INFO

MAJLIS SAMBUTAN

MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI

WASALLAM KEMENTERIAN KESIHATAN

BAGI TAHUN 1444 HIJRAH / 2022 MASEHI

 

Sabtu, 21 Rabiulawal 1445H / 07 Oktober 2023M - Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekitar dan Jabatan Pekhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam bagi memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam pada hari ini bertempat di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan Ceramah Khas Maulud bertajuk “Sunnah Rasulullah Kunci Kejayaan" yang disampaikan oleh Penceramah Undangan, Yang Mulia Ustaz Haji Ishkandar bin Haji Buntar, Pegawai Pendidikan Ugama dari Pantai Jerudong Specialist Centre. Majlis seterusnya diserikan lagi dengan Dikir Maulud yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Haji Nor Asilin bin Haji Puting, Ketua Guru Ugama, Unit Perkhidmatan Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Majlis diakhiri dengan Bacaan Doa Selamat dan Doa Allah Peliharakan Sultan yang juga dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Nor Asilin bin Haji Puting.

 

Turut hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan.

 

- T A M A T  -

 

Tarikh:           21 Rabiulawal 1445H / 07 Oktober 2023M

Rujukan:        KK/PR/3/1


Attachments